Yasmin Ahmad

Assalamualaikum dan hello! Kita bertemu lagi pada minggu ini. Pada minggu ini saya mahu kongsikan kelainan sedikit daripada minggu lepas. Minggu ini saya mahu membincangkan sedikit topik mengenai Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Saya kongsikan sedikit mengenai biodata Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang dilahirkan di Kampung Bukit Treh di Muar, Johor pada 7 Januari 1958. Beliau berkecimpung dalam politik dan psikologi daripada Newcastle University di England. Allahyarhamah Yasmin Ahmad pada permulaan kerjayanya di dalam bidang pengiklanan sebagai penulis di Ogilvy & Mather dan pada tahun1993. Kemudian beliau berpindah ke Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama Ali Mohammed dan akhirnya memegang jawatan pengarah kreatif eksekutif di cawangan Kuala Lumpur bagi produksi tersebut.

I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink.
- Yasmin Ahmad

Allahyarhamah Yasmin Ahmad merupakan tokoh dan idola yang saya minati dari sejak kecil lagi sehingga kini. Walaupun pelbagai kecaman dan pandangan negatif yang dialami oleh beliau, beliau tidak mengendahkan langsung mengenai perkara tersebut. Malahan beliau lebih positif dan lebih kreatif dalam menghasilkan karya beliau. Keperibadian dan pengalaman yang ada pada diri beliau sangat memberi inspirasi terhadap masyarakat dan juga pada diri saya sendiri.

Saya amat menyukai karya-karya yang dihasilkan oleh beliau. Karya yang beliau hasilkan sangat memberi impak positif dan melalui karya, beliau dapat menyampaikan mesej dan pengajaran terhadap masyarakat seperti penerapan dan penekanan mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan semangat perpaduan. Tidak semua pengarah filem mampu berkarya seperti beliau. Terdapat sebuah muzium yang dinamakan “Muzium Yasmin At Kong Heng” yang mana ianya terletak di Jalan Sultan Yussuf, Ipoh akan tetapi muzium ini tidak mempunyai kesemua mengenai Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Saya ada membuat sedikit kajian mengenai beliau iaitu mengenai kesederhanaan Allahyarhamah Yasmin Ahmad sebagai pengarah yang menyuntik elemen masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam karya garapannya dan sebelum ini membuatkan dia mudah meraih perhatian khalayak pelbagai kaum khususnya kaum India dan Cina. Semua orang berbahas tentang keberanian beliau yang bersikap telus tatkala menceritakan tentang masyarakat majmuk di Malaysia.

Tujuan beliau adalah ingin penonton sedar bahawa permasalahan yang berlaku di masyarakat sekarang kerana mempunyai benteng dan halangan diantara perhubungan setiap kaum serta mempunyai sikap bersangka buruk terhadap agama lain. Kebanyakan filem yang diarah beliau berdasarkan perjuangan hak terhadap kaum dan agama yang lain.

Selain itu, kemahiran beliau menggunakan bahasa filem untuk menyampaikan cerita dan ada kalanya kritikan sosial melalui kod-kod makna yang tersembunyi adalah satu ciri menarik yang dapat dikesan oleh penonton seperti daripada penggunaan prop, lagu latar hinggalah kepada mise-en-scene.

Beliau juga mahir dalam memantapkan pendekatan dan tema kemanusiaannya, tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan. Keyakinan beliau kepada sebuah filem adalah keupayaan filem tersebut mengangkat unsur emosinya.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk minggu ini sehingga kita berjumpa lagi untuk minggu hadapan.


Disediakan oleh,
Syahida
Assistant Art Director


What's next?