Warna, Mood & Filem

Assalamualaikum dan hello! Kita bertemu lagi pada minggu ini dan pada minggu ini saya akan kongsikan sedikit cerita mengenai apa yang saya belajar pada minggu ini.

Saya ada mengkaji sedikit mengenai warna yang digunakan di dalam setiap filem yang dihasilkan. Warna juga sangat memainkan peranan yang penting untuk menimbulkan mood terhadap penonton. Warna yang digunakan perlu dipilih dengan betul, jika tidak akan menimbulkan suasana yang janggal dan merosakkan mood yang hendak disampaikan. Penonton akan fokus terhadap sesuatu yang lain sedangkan fokus yang hendak ditujukan adalah sesuatu yang lain. Contohnya seperti pengarah mahu memfokuskan terhadap hero tetapi penonton melihat pelakon tambahan yang lebih menonjolkan disebabkan salah menggunakan warna yang tertentu. Setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri seperti warna merah. Merah dikenali sebagai warna garang. Selain itu, warna merah juga boleh menimbulkan mood marah, perasaan cinta, seksi dan perhubungan. Warna hijau dikaitkan dengan warna alam. Warna hijau menimbulkan mood tenang akan tetapi hijau juga akan menimbulkan mood yang lain juga seperti cemburu, tamak dan pengecut.

Kajian ini telah terapkan di dalam musik video yang dihasilkan oleh MTAS Production. Di dalam musik video ini banyak memainkan warna-warna yang pelbagai dan menimbulkan mood-mood yang ceria, suram dan kejayaan. Selain memainkan warna terhadap baju yang dipakai oleh penyanyi dan penari, MTAS Production juga bijak memilih lokasi yang pelbagai warna. Akan tetapi warna lokasi tidak menjadi penghalang untuk penyanyi dan penari lebih tertonjol.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk minggu ini. Jumpa lagi untuk minggu hadapan.


Disediakan oleh,
Syahida
Assistant Art Director


What's next?