Tips Untuk Menjadi Jurusolek Kesan Khas

Mesti rasa excited kan bila melihat watak zombie, hantu, alien, watak kartun Disney yang boleh bertukar wajah muda ke tua tak pun dari kurus menjadi gemuk. Solekan kesan khas bukan hanya boleh melakukan sekadar itu sahaja, bahkan boleh melakukan kesan seperti luka, koyak, patah, melecur dan sebagainya.

Mesti anda pernah terfikir kan macam mana mereka boleh menghasilkan watak seperti itu dengan hanya menggunakan solekan kesan khas sahaja. Untuk menghasilkan sesuatu seperti gambar di atas, anda boleh lakukannya secara berkumpulan atau berseorangan.

Mereka ini digelar jurusolek solekan khas atau dikenali sebagai SFX make-up artist. Anda mahu jadi seperti mereka? Ini antara perkara yang perlu anda lakukan untuk mulakan kerjaya seperti mereka:


 

[1] Kemahiran

Kurang kemahiran bukan satu faktor untuk menghalang anda untuk melakukan apa yang anda minat. Anda tidak perlu risau kerana kini sudah banyak kemudahan yang dapat memberikan anda untuk pelajari solekan kesan khas.

Antara kemudahan yang anda boleh dapatkan adalah melalui media sosial seperti Facebook dan YouTube. Anda juga boleh mencari dan menyertai kursus yang menyediakan kelas solekan kesan khas untuk mendapat pengetahuan kemahiran dalam bidang ini.


[2] Kajian

Bagi anda yang masih baru dengan bidang ini, anda sangat digalakkan untuk mengkaji dahulu apa itu solekan kesan khas. Anda perlu tahu jenis-jenis solekan yang ada, cara dan proses untuk melakukannya serta bahan-bahan yang perlu digunakan.

Langkah ini sangat perlu kerana bidang ini akan melibatkan orang yang akan anda solek. Perlu ingat bahan yang diguanakn dalam solekan kesan khas perlu sesuai dengan orang yang akan disolek kerana ada orang memunyai kulit yang sensetif.

Paling penting tidak semua orang mempunyai bakat dalam menghasilkan solekan kesan khas. Ia memerlukan minat yang mendalam tentang seni dan hargai setiap apa yang akan dihasilkan. Anda juga perlu rajin mempraktikkan apa yang anda pelajari supaya proses penghasilan solekan tersebut lebih mudah dan nampak lebih real!


[3] Bahan Dan Peralatan

Anda juga perlu mengenali bahan dan peralatan apa yang perlu digunakan. Untuk permulaan anda pasti mahu menggunakan kelengkapan solekan dengan kos yang murah kan?

Usah risau, anda boleh dapatkan bahan solekan di pasar raya seperti gam putih, tisu, berus, sirap, kopi dan gunting. Anda juga boleh menggunakan latex (baunya agak busuk dan menyengat) tetapi harganya mahal sedikit berbanding gam putih.

Bahan seperti Fake blood anda boleh beli secara online sekiranya anda merasakan leceh untuk membuatnya sendiri. Untuk mempercepatkan proses pengeringan latex atau gam putih, anda boleh menggunakan hair dryer. Hair dryer juga mempunyai pelbagai jenis, ada yang murah dan ada yang mahal.

Proses solekan kesan khas sangat memerlukan masa. Ada yang perlukan masa 2 jam dan yang perlukan masa sehingga 7 jam bergantung kepada jenis solekan kesan khas yang dipilih. Tempoh seperti ini hanyalah untuk menghasilkan kesan yang ringkas seperti luka, koyak, zombie, hantu, patah dan kesan-kesan lecur.


[4] Portfolio

Untuk bertahan dalam bidang ini sebagai seorang jurusolek kesan khas, anda perlu rajin melakukan solekan kesan khas tanpa mengira keadaan projek. Untuk menjadi lebih mahir anda perlu menghasilkan paling kurang 3 solekan seminggu untuk menambahkan isi portfolio anda.

Hal ini kerana bila hasil karya anda semakin bagus, makin ramai yang suka hasil karya anda, mereka akan hargai setiap hasil kerja anda dan sentiasa menunggu perkembangan dari anda.


[5] Mengikuti Perkembangan Industri

Anda sangat digalakkan untuk mengikuti perkembangan semasa supaya anda sedar apa yang berlaku dalam bidang ini dan tidak ketinggalan jauh dengan teknik-teknik terkini.

 

 

Untuk melakukan solekan kesan khas seperti di atas, anda perlu ada kemahiran untuk menggunakan dan mengabungkan warna-warna yang bersesuaian. Solekan di atas menggunakan peralatan dan bahan yang sama seperti solekan biasa, cuma anda perlu kreatif untuk mengolah rekaan yang bersesuaian dengan keperluan untuk menghasilkan solekan yang unik seperti di atas.


Solekan boleh diumpamakan seperti anda melukis di atas sebuah kanvas. Untuk melakukan setiap solekan sama ada solekan ringkas mahupun rumit, anda memerlukan fikiran yang kreatif. Hanya dengan kreativiti dapat menghasilkan solekan yang anda kehendaki.

Semakin banyak anda melatih diri dalam bidang solekan ini, suatu hari nanti anda akan jumpa gaya solekan anda yang tersendiri. Ketika itu anda akan dikenali sebagai seorang jurusolek solekan khas yang mempunyai keunikan tersendiri.


Disediakan oleh,
Syahida
Assistant Art Director


What’s next?