Tanggungjawab Pekerja

Apa yang saya belajar semenjak saya bekerja dengan MTAS Production? Seorang pekerja tak seharusnya hanya melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Seperti tiada beza dengan institusi kekeluargaan, setiap pekerja harus peka dan bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu dengan niat demi menjaga kelancaran perjalanan projek.

Apa sahaja.

Adalah tanggungjawab setiap krew penggambaran untuk merealisasikan visi seorang direktor walau aral melintang. Apa-apa sahaja yang mampu mengganggu kelancaran penggambaran bukanlah masalah orang yang terlibat sahaja tetapi seharusnya menjadi masalah setiap krew yang hadir di set. Itulah pengajaran paling mahal saya pernah dapat dan akan saya simpan sampai bila-bila.


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What's next?