Storan Untuk Footage [Part 02]

“Hmm.. Minima aku nak edit se-gempak filem Transformers !”
Kata Amran kepada dirinya sendiri. Ades.

Bila sebut pasal nak edit video, orang ramai mesti akan fikir;

[1] Nak pakai software apa?
[2]
Edit mesti kena tahap filem Transformers!
[3]
Ok tak kalau guna effects sekian-sekian?
[4]
Mesti letak effect transition Casey Neistat yang pusing-pusing tuh konfem gempak!

Dan macam-macam lagi.

Tapi kita JARANG BERFIKIR tentang;

“Eh, saya dah copy footage yang kita shoot tadi ke belum?”

“Eh, footage yang saya copy dalam PC tuh elok ke? Tak corrupt ke?”

“Saya main transfer je footage, tapi tak pernah pun double-check dah copy ke semua”

Kalau zaman dulu tahun 2000 dan ke bawah,
Video production shoot video menggunakan ‘film’.

Kualiti ‘film’ dan ‘digital’ sangat berbeza namun
Kos untuk ‘film’ agak mahal, pengurusannya melecehkan
dan duration yang boleh shoot sangatlah pendek.

Kan? Hmm. Kalau kita banyak fikirkan ini, maka kami boleh jamin ANDA SELAMAT. Sebab apa? Sebab anda begitu ‘concern’ atau ‘insecure’ tentang EMAS yang kita sudah.

Dan EMAS itu adalah FOOTAGE.

Meh kami nak share tips 3 DISIPLIN FOOTAGE VIDEO ATAU AUDIO SHOOTING!


MTAS Production ketika shooting untuk Tarbiah Sentap.
Selepas shooting sahaja, kami sentiasa transfer footage
Sebelum kami pulang ke rumah.

01

Selepas shooting, sentiasa dan sentiasa dan sentiasa COPY TERUS ke dalam PC / Laptop / External Harddisk !

Dah habis shooting? Jam 6.30pm? 7.00pm? Pukul 2.00am esoknya?

Boleh tidur. JANGAN.

Letih tahap gaban sekalipun, pastikan kita TRANSFER FOOTAGE.

Kalau tak, lupa lah, tertinggal SD Card lah, macam-macam alasan lagi.


Selepas shooting bersama artis Beto Kushairy, kami terlepas pandang
Untuk transfer 1 footage yang penting! (tak pernah kami share pasal benda nih)
Dan ianya suatu ‘eksiden’ yang sepatutnya kita elakkan
Dengan DOUBLE-CHECK.

02

Sentiasa DOUBLE-CHECK footage yang kita transfer!

Double-check ini maksud kami adalah, kalau kita copy 56 footage video DSLR ke PC, pastikan selepas siap copy, double-check semula:

Adakah cukup amaun yang kita copy? Dalam kes ini, 56 footage video
Apakah semuanya dapat di-play? Tips dia, pastikan thumbnail video wujud sahaja, itu tanda video boleh di-play (nak play satu-satu jenuh lah pulak kan)

Check juga size yang kita copy di DSLR berapa dan footage yang sudah di-copy berapa


2TB USB3.0 StoreJet 25H3, external harddisk military-grade,
MTAS Production gunakan produk ini kerana ianya tahan gegaran,
Storan besar dan harganya berpatutan!

03

Buat BACKUP minima 1 tempat!

Maksud kami, backup minima 1 tempat adalah pastikan kita ada:

Original footage (contoh, PC kita di rumah)
Backup footage (contoh, external harddisk kita)

In case sekiranya original footage kita corrupted ketika sedang mengedit, at least kita sudah ada backup footage pada external harddisk kita. Walaupun mungkin akan kehilangan project files, background music dan sebagainya, at least kita tak hilang RAW FOOTAGE.

Background music boleh tukar.
RAW FOOTAGE tak boleh tukar.

Sebab itu RAW FOOTAGE itu EMAS.


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?