Storan Untuk Footage [Part 01]

Sepanjang tempoh kami buat editing, seringkali PC kami apabila berlaku kerosakan lagi-lagi kerosakan harddisk, ianya akan merosakkan juga footage-footage yang kita sudah shoot.

Baru-baru ini, satu lagi PC MTAS Production sudah rosak. Hmm. Sedihnya.

Bayangkan, contoh, anda sudah shoot footage Music Video untuk Faizal Tahir. Esoknya anda nak edit, PC anda hang, hantar repair, harddisk sudah ‘total lost’ atau rosak sepenuhnya.

• Apakah perasaan anda ketika itu?
• Apakah kita boleh re-shoot?
• Apakah Faizal Tahir hendak re-shoot?
• Apakah boleh beritahu klien footage hilang?

Fuh. Lagi teruk daripada mimpi ngeri. Kan?

Ini masalah yang seringkali ‘di-anak-tiri-kan’ dan ANDA PERLU ELAK PERKARA-PERKARA INI:

01

Elakkan simpan di 1 tempat sahaja!

Pastikan simpan paling-paling ada dua tempat yang berbeza
Supaya apabila ada masalah pada tempat no. 1, anda boleh recover kembali footage anda melalui tempat no. 2

02

Elakkan layan Harddisk / storan anda seperti ‘basketball’ !

Elakkan kadar gegaran sebanyak yang mungkin
Harddisk sangat sensitif gegaran
Simpan di tempat yang tidak banyak gegaran seperti:
Atas katil
Atas meja yang sentiasa teralih
Kerusi
Rumah kucing
Ruang kanak-kanak

03

Ini bukan untuk elak, tetapi sentiasa ‘double-check’ footage anda!

Kadang-kala tidak perasan footage yang kita copy itu sebenarnya sudah corrupt ketika sedang copy
Sentiasa double-check footage kita ada ke tidak dalam tempat simpanan

Part yang next, kami akan menceritakan tentang: DISIPLIN UNTUK STORAN FOOTAGE.


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?