Software Apa Yang Perlu Digunakan Untuk Edit Video? (Part 02)

Malaysian Impossible : Merdeka FalloutSedutan daripada video Malaysian Impossible: Merdeka Fallout.
Full 3D compositing. Ye lah. Takkan nak buat bandar sendiri pulak, kan?
(Klik gambar untuk tonton video penuh)

 

So, MTAS Production gunakan software apa sebenarnya? Banyak. So meh kami senaraikan:


01 | Adobe Premiere Pro CC

One and only, Premiere Pro. Bukan sahaja kami yang suka,
Malah 80% Youtuber menggunakan software ni!

Buat pengetahuan semua, kami ada highlightkan (yang latest) adalah disebabkan sekarang ini Adobe buat satu pakej pembelian dalam bentuk Subscription. Dalam subscription tersebut you guys bukan sekadar dapat 1 software sahaja, malah akan dapat software-software lain seperti Adobe After Effects, Adobe Lightroom, Adobe Photoshop dan sebagainya! (bergantung kepada pakej apa yang dilanggan).

5 sebab senapa kami gunakan Premiere Pro berbanding software lain:

[01] Management editing lebih kemas dan teratur.
[02] Workflow editing yang mudah, kemas dan customizable mengikut kehendak user.
[03] Intergrated workflow application antara Adobe (lagi-lagi dengan After Effects).
[04] Features yang sangat membantu setiap tahun (lagi-lagi Title dan Color-Grading).
[05] Boleh buat basic Visual Effects menggunakan teknik yang betul!

Highly recommended! Kalau you guys tahu full capability software ini, agak susah untuk anda berpindah kepada software lain. Ianya lengkap. Ianya mudah digunakan. Specs PC / laptop juga tidak perlu high-specs sangat. Cukup sekadar upgrade PC / laptop anda kepada SSD sahaja pun dah banyak membantu!


02 | Adobe After Effects CC

Orang kata apa, kalau tak ada Visual Effects,
Itu bukan MTAS Production namanya!

Ha! Ini lah dia SENJATA kami dalam melaksanakan SEGALA Visual Effects dalam video-video kami! Siapa ada software ini maka mereka adalah orang yang paling power dalam dunia (ceeewah kalau tak ada ILMU, ke laut jugak kapalnya).


Setiap software ada tugasnya masing-masing. Seperti Premiere Pro, software tersebut ditugaskan untuk EDIT perkara yang GENERAL (visual, audio, gambar, visual effects, color, effects). Manakala After Effects pula fokusnya pada melangsaikan editing VISUAL sahaja!

Disebabkan fokusnya adalah VISUAL, maka cara editing pun agak berbeza dengan Premiere Pro. Timeline kita akan range dalam per saat sahaja, bukan per minit seperti Adobe Premiere Pro. After Effects juga mempunyai tools untuk ‘manipulate’ visuals, antaranya ialah rotoscoping, stabilize, tracking, advanced color-grading, 3D compositing, camera workspace, object animation dan sebagainya.

“Owh inilah dia software yang MTAS gunakan! Tapi, saya pakai fon je, macam mana?”

Tak mengapa. Stay tuned untuk next-next artikel!


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?