Software Apa Yang Perlu Digunakan Untuk Edit Video? (Part 01)

Ramai yang bertanya tentang software editing apa yang kami MTAS Production untuk video production kami? Kenapa kami gunakan software tersebut? Perlu ke pakai software?

D’YANAAntara shortfilm iconic MTAS Production untuk D’yana Butik.
Jarang ada karakter muslimah perempuan main tembak, ye idok.
(Klik gambar untuk tonton video penuh)

Sebenarnya, MTAS Production bermula edit video menggunakan:

Yup. Betul tuh. Tekaan anda tepat. Windows Movie Maker.


WINDOWS MOVIE MAKER

Hamek kau. Mesti terkenang zaman mengedit video syok sendiri kita dulu, kan?
Windows Movie Maker. Lejen tanah air.

Nampak macam kami bergurau, kan? Memang kami suka bergurau tetapi memang betul lah kami bermula dengan menggunakan Windows Movie Maker.

Sebab apa? Sebab, kami dulu kanak-kanak tak berduit, kalau keluarkan duit pun cuma dapat beli aiskrim batang 20 sen depan rumah. Kalau nak main game dekat PC pun bergantung dekat PC mak ayah. Dalam tuh pun tak kisah lah apa-apa game yang ada, kami main sahaja tak kisah kepada grafik ke best ke tak best.

Yup. Dalam itu, ada software ‘pojaan’ yang diberi nama Windows Movie Maker.

Sebab sebenar kami gunakan Windows Movie Maker, selain daripada tak ada duit, adalah:

[01] Pengenalan yang mudah untuk budak yang baru nak mula belajar buat video.Pengenalan yang mudah untuk budak yang baru nak mula belajar buat video.
[02] PC memang tak power, tapi boleh edit tak sangkut-sangkut walaupun menggunakan PC yang biasa-biasa sahaja.
[03] Preset yang mudah untuk transition.
[04] Mudah untuk di-export dan di-share kepada orang ramai.

VEGAS MOVIE STUDIO

Interface untuk software VEGAS Movie Studio.
Hmm.. Vegas.. Kenapa macam pernah dengar ye?

Ya. Anda pernah dengar VEGAS daripada SONY Vegas Pro. Apa bezanya pula dengan VEGAS Movie Studio?

Nak mudahkan korang semua, VEGAS Movie Studio ini lebih kurang sahaja dengan SONY Vegas Pro, cumanya ianya jauh lebih mudah berbanding SONY Vegas Pro (sekarang namanya VEGAS Pro sahaja sebab SONY sudah jual kepada VEGAS).

Kenapa ianya sangat digalakkan:

[01] Interface yang sangat-sangat mudah.
[02] Workflow editing yang lebih fokus kepada 1 timeline sahaja (maksudnya kurang serabut).
[03] Mudah untuk susun atur klip dalam timeline berbanding dengan software lain.
[04] Penggunaan effects yang sangat cepat, cantik dan tidak memerlukan PC yang power!

Paling best, laptop / PC korang lag tahap dewa mana pun,
s
oftware ini masih lagi mampu digunakan dengan baik.

Cumanya, kena bayar lah pulak. Tetapi korang jangan risau, kalau beli pun sangat murah, lebih kurang RM 250 sahaja untuk kegunaan seumur hidup! Ataupun boleh belajar guna dengan pek trial untuk 30 hari.

Saya sendiri sudah menggunakan software ini dan SONY Vegas Pro hampir 6 tahun. You have to trust me on this! It really works!


iMovie

(khas untuk pengguna Mac sahaja)

Hmm.. To be honest.. MTAS Production tak pernah guna Mac..
Apatah lagi iMovie.. Hmm.. Macam mana nih..

Tapi percayalah, untuk geng-geng yang ada Mac, WAJIB guna software nih!

Sebab apa? Satu software ni adalah FREE (baca: PERCUMA).

Kedua, ramai dah kawan-kawan kami yang gunakan Mac katakan yang software ini sangat baik! Ianya sangat mudah digunakan dan mampu menghasilkan pelbagai jenis video yang anda mahukan, malah nak buat video commercial pun boleh!

“Bang, saya tak ada PC lah. Smartphone je saya ada. Macam mana?”

Tak apa. Ada solusinya. Jumpa pada next artikel ya!


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?