Sesi Solekan Kesan Khas Terhadap Talent

Solekan bukan sahaja sekadar untuk tampil cantik, akan tetapi kelihatan hodoh dan unik juga boleh dilakukan. Solekan kesan khas dalam video production dapat membantu untuk menyampaikan mood dan menghidupkan watak. Untuk menghasilkannya, kita perlukan pakar solekan. Tetapi team video production seperti kami yang masih baru dalam industri, menerima cabaran dengan menguasai ilmu solekan khas ini dengan cara tersendiri.

Ada pelbagai teknik solekan kesan khas dalam video production kerana ia perlu mengikut kesesuaian cerita yang mahu dihasilkan. Solekan pada wajah telah diperkenalkan sejak zaman Mesir Kuno lagi. Ketika itu trending dengan mewarnakan wajah mereka menggunakan kapur. Solekan kesan khas dalam filmmaking mula diperkenalkan oleh Max Factor pada tahun 1914. Beliau menggunakan teknik “make up pancake” untuk memberi kesan-kesan khas yang bersesuaian dengan filem hitam dan putih ketika itu.

Saya banyak mempelajari solekan kesan khas melalui YouTube dan Facebook. Selain itu, saya juga merujuk hasil karya jurusolek terkenal yang melakukan solekan kesan khas di Hollywood seperti Greg Cannom dan Ve Neill serta jurusolek tempatan seperti Athilla D'hun, Nurlianna dan Ellasandera.

Hasil solekan kesan khas oleh Greg Cannom.

Hasil Solekan kesan khas oleh Ve Neill.

Antara bahan-bahan dan peralatan yang digunakan.

Bahan utama untuk menghasilkan solekan kesan khas ialah latex atau gam. Latex hanya boleh didapati di kedai yang menjual barangan solekan kesan khas. Manakala gam pula boleh didapati di kedai buku atau pasaraya. Bahan-bahan lain yang diperlukan adalah seperti tisu, cotton buds, tanah liat/clay, fake blood, cat/set solekan (loose powder, foundation, eyeliner, eyebrows palette, eye shadow palette dan blusher palette), tali/benang, hair dryer, berus mewarna, berus solekan dan gunting. Semua peralatan ini perlu ada supaya sentiasa tersedia ketika mahu menggunakannya. Hair dryer sangat membantu dalam proses mempercepatkan pengeringan latex atau gam.

Antara solekan kesan khas terhadap talent.

Merujuk gambar di atas, solekan kesan khas tersebuat adalah untuk video production terbaru kami yang bertemakan cerita seram. Solekan seperti ini sahaja mengambil masa 2 jam 30 minit untuk disiapkan. Bagi memudahkan latex yang digunakan mudah untuk ditanggalkan atau tidak terdedah kepada kulit talent, kita boleh menyapukan vaseline pada kawasan yang akan dikenakan latex.

Teknik menguasai solekan kesan khas untuk video production khususnya, kita perlu perbanyakkan kajian dan latihan supaya hasil solekan yang dilakukan jadi lebih kemas dan kelihatan sangat real!


Disediakan oleh,
Syahida
Assistant Art Director


What's next?