Sejauh Mana Hidup Anda Berubah Bila Bekerja Di Dalam Bidang Sales?

Untuk setiap produk atau servis yang wujud pasti ada orang yang berkerja di dalam bidang sales. Walaupun pekerjaan ini ada di mana mana, bidang sales sangat berbeza dengan bidang yang lain.

Bekerja di dalam bidang sales boleh mengubah hidup anda, pada segelintir orang perubahan itu berlaku dalam 1 malam saja. Jika anda sedang fikirkan untuk bekerja dalam bidang sales ataupun sedang bekerja di dalam bidang ini, anda akan perasan 7 perkara ini yang akan mengubah hidup anda.

1. DUIT
Salah satu perkara paling besar yang boleh mengubah hidup anda ialah duit yang anda buat bila anda bekerja dengan cemerlang. Berbeza dengan pekerjaan yang hanya di bayar gaji, kebiasaannya orang yang bekerja di dalam bidang sales tak ada had pendapatan yang mereka boleh dapat, mereka juga sering mendapat lebih daripada apa yang pihak pengurusan dapat. Jika anda ingin mahu membuat lebih banyak duit, dan kamu boleh berkomunikasi dengan effektif, bidang sales sesuai dengan anda. Tetapi pilihlah sesuatu yang terbukti boleh di jual.

2. HUBUNGAN
Hubungan yang terbina dalam bidang sales tak sama dengan lapangan kerja yang lain. Memandangkan kerja ini sangat membebankan, dan banyak pasang surutnya, kita akhirnya membentuk hubungan yang kuat dengan rakan sekerja yang lain untuk menempuhinya. Orang yang menjadi rakan ketika di dalam bidang ini selalunya akan jadi rakan sepanjang hayat.

3. KETAHANAN
Salah satu perkara terbaik yang kamu akan belajar di dalam bidang Sales ialah ketahanan. Berdepan tekanan yang hebat, sentiasa di reject, dan mengatasi pelbagai masalah adalah ciri penting karier sales yang berjaya. Jika kamu boleh beradaptasi dan melepas pelbagai masalah, ia akan menjadi skill yang kamu boleh gunakan dalam aspek kehidupan yang lain.

4. PENGALAMAN
Ramai usahawan yang bermula dengan bidang sales, dan perkara ni bukannya kebetulan. Bekerja di dalam bidang sales menawarkan pengalaman yang bidang lain tak dapat berikan. “Tiada apa berlaku sehinggalah seseorang menjual”, dan orang yang tak boleh menjual hanya akan berakhir dengan skill set yang terhad serta pilihan yang terhad. Setiap orang perlu belajar menjual produk, visi dan diri mereka.

5. STRESS
Salah satu perkara yang akan mengubah hidup anda dan tak berapa bagus. Tak banyak bidang yang ada tahap stress yang serupa dengan bidang sales. Sesetengah orang tak dapat menghadapinya dan tak kekal lama, tetapi orang yang dapat atasinya akan mendapat ganjaran. Untuk berjaya dalam bidang sales, anda kena terima hakikat pekerjaan ini memberi tekanan dan belajarlah untuk menanganinya.

6. TIADA JAMINAN
Perkara paling sukar dalam bidang sales ialah pekerjaan ini langsung tiada sebarang jaminan. Kurangnya pendapatan, tanpa komisen berbulan bulan bukanlah untuk semua orang. Orang sales mestilah belajar disiplin kewangan, budgetting, dan paling penting capailah KPI untuk berhadapan dengan masa depan yang tiada jaminan.

7. PELUANG
Salah faham tentang bidang sales ialah orang sales susah mendapat kerja. Perkara ni langsung tak benar. Permintaan untuk orang sales sentiasa ada, dan hampir setiap organisasi ada kumpulan sales.

Menjual juga adalah skill yang sangat senaang diajar, yang bermaksud orang sales boleh berubah industri dan senang mendapat kerja. Tak banyak pekerjaan yang boleh buat perkara yang sama.


Disediakan oleh,
Mohamad Syafiq
Chief Sales Officer


What's next?