Saya Jatuh Cinta

“Saya jatuh cinta . . . . . .Dengan pengiklanan.”

Apa yang membuatkan saya jatuh cinta dengan pengiklanan?

Sekitar pada tahun 2015, saya dan rakan saya membuat satu keputusan untuk menghasilkan sebuah komik. Pada masa itu, satu pertandingan komik sedang berlangsung dan saya sangat tertarik untuk menyertainya.

Kami sebulat suara dengan membuat keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut. Tapi kami menemui satu kebuntuan untuk memulakan perjalanan penghasilan karya agung kami dengan satu persoalan.

“Nak buat komik pasal apa?“

Saya secara peribadi sangat sukakan sesuatu yang di luar dari kebiasaan. Kalau boleh, saya nak buat sesuatu yang belum pernah orang buat. Selepas beberapa ketika mencari idea dengan bantuan teknologi Google, saya jatuh hati pada satu idea komik.

Idea komik itu adalah memberi pendedahan kepada pembaca tentang cara untuk membuatkan orang beri perhatian kepada diri kita sehingga mampu membuat keputusan yang boleh membawa kepada keuntungan kepada diri kita.

Untuk merealisasikan idea komik ini, adalah perlu untuk menggabungkan kepentingan emosi dan logik! Sebab idea komik ini adalah untuk mengajar pembaca tentang pengiklanan.

Idea komik ini datang dari satu gambar iklan yang saya jumpa melalui teknologi Google.

“Kanak-kanak tak tahu ular tiada kaki. Bawalah mereka ke zoo”

Sekian.


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What’s next?