[REVIEW FILEM] Bumblebee (2019) – Akhirnya Filem Transformers Yang Baik!

Aduhai. Satu lagi filem Michael Bay. Meletup sana, meletup sini.
Story je yang tak meletup langsung. Ades.

 

Menerusi kaca mata kami selaku pembuat / pembikin video commercial di media sosial, antara inspirasi untuk kami hasilkan video-video yang berkualiti adalah selepas kami menonton filem sama ada tempatan ataupun antarabangsa.

Kami banyak belajar daripada filem-filem ini, mungkin bukan berguru (tetapi kalau korang ada nombor contact Steven Spielberg ke roger lah ye) tetapi banyaknya kami dapat hasil dari pemerhatian kami dan seterusnya kami cuba replicate semula antara babak/shot dalam video yang kami hasilkan.

Jadi, mulai sekarang, MTAS Production akan mula menulis FILM REVIEW untuk korang, bukan setakat menilai story di dalam filem, tetapi juga merungkaikan trivia/behind-the-scene dalam sesebuah filem.

Filem Bumblebee (2018) ini, penceritaannya sangatlah memuaskan. Apa yang memuaskan? Plot dia. Karakter dia. Pacing dia. Teknikal dia. Everything feels right, tak seperti filem-filem sekuel mereka sebelum ini. Mungkin secara teknikalnya okey, tapi secara keseluruhan filem memang feels so wrong dan off!

Di dalam filem ini, setiap frame ataupun shot, ada story dia yang tersendiri. Kita boleh lihat babak/shot pada permulaan filem ada kesinambungan dengan babak/shot yang hujung filem. Ini membuatkan kita sebagai penonton akan merasakan sangat seronok melihat character development cerita itu sangat kuat!

Filem-filem seperti ini, walaupun kurangnya action (ya, kali ini sangat kurang action, tapi sangat memuaskan!), kami berani jamin korang akan ingat filem ini sampai bila-bila!

Konklusi? Story, gempak. For the first time ever untuk siri filem Transformers. Why?

Untuk filem Bumblebee (2018) ini, kami merasakan satu kelegaan even before masuk panggung lagi. Sebab, kami dapat tahu untuk filem ini yang jadi Director adalah Travis Knight, bukannya Michael Bay.

 

Travis Knight. Pengarah baru. Merupakan feature-film pertama arahan beliau.
Itu pun dah power. Tak tahu lah next-next film beliau macam mana.

 

Kenapa? Penting sangat ke pertukaran Director atau Tuan Pengarah?

Ibaratnya seperti ini, penulis novel Harry Potter, JK Rowling, beliau membuat siri Harry Potter, untuk semua 7 siri novel yang diterbitkan. Bayangkanlah novel beliau yang ke-5, The Order of the Phoenix tiba-tiba bertukar penulis.

Nama penulis dia Ulwan Mokhtar. Agak-agak cerita Harry Potter tuh jadi macam mana? Silap-silap jadi orang Melayu? (tetibe). Bayangkan ya, itu baru karakter, plot dia macam mana? Ulwan Mokhtar dah sah-sah duduk di Malaysia, maka story yang akan ditulis adalah berdasarkan pengalaman dia di Malaysia maka akan diselitkan isu-isu seperti troli RM 50 boleh penuh (kalau korang faham lah).

Ya. Begitu juga dengan Pengarah.

 

Pengarah untuk MTAS Production: Azfar Hamdii.
Beliau sangat terkenal dengan idea gila beliau diadunkan sekali dengan sinematografi yang powerful dalam skala media sosial.

 

Menerusi Director, Director akan menentukan story dan plotting serta basic visual untuk sesebuah video.
Tak ada Director, maka bukan video namanya.

 

SUNAT ANU GUNA SUDU?

Tuan Director kami ada kemahiran dalam Visual Effects (VFX).
Oleh itu, seni-seni beliau memang terkenal dengan VFX.

 

Tun M sekolahkan budak zaman sekarang! SENTAP!

Ulwan Mokhtar pula seorang Director yang banyak fokus kepada isu kehidupan.
Maka, story arahan beliau akan banyak drama/experimentation teknikal tentang rakyat Malaysia.

 

So? Nampak kan logik betapa hebatnya Pengarah di dalam sesebuah video/filem?

Recap semula tentang kenapa kami sangat teruja apabila ada pertukaran pengarah dalam filem Transformers kali ini. Kami tak nafikan kepakaran Michael Bay dalam deliver visual yang memukau. Skala VFX yang beliau buat sangat besar dan beliau sangat berpengalaman mengendalikannya bermula dari tahun 1990-an lagi (boleh lihat filem Armageddon keluaran 1998).

Disebabkan filem Transformer pertama yang keluar pada tahun 2007, banyak syarikat VFX di-hire oleh Hollywood untuk menghasilkan effects/scale yang sama seperti filem itu.

Tetapi, kalau korang analisis filem-filem beliau, beliau sangat kurang fokus pada story. Beliau banyak tekankan visual dan perkara-perkara yang boleh di-commercial-kan sahaja. Oleh itu, vision Michael Bay sangat sesuai untuk perkara kosmetik dan commercial sahaja, tapi untuk story sangat lemah.

Jadi, apabila ditukarkan dengan pengarah yang baru iaitu Travis Knight, juga merupakan seorang pengarah baru dalam industri, yang mana antara filem beliau adalah Kubo and The Two Strings (2016). Kubo and The Two Strings adalah sebuah filem yang penuh dengan mesej dan powerful story.

Sebab itu kami ada harapan yang tinggi untuk filem terbaru dalam siri Transformers iaitu filem Bumblebee (2018) akan mempunyai mesej dan story yang powerful! Dan ini sudah terbukti!

Setakat ini itu sahaja ulasan daripada kami. Kepada yang belum menonton filem ini, anda wajib tonton!

 

MTAS REVIEW SCORE


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?