Perhatian Kepada Mahasiswa! Ini Adalah 2 Tips Bagaimana Menghasilkan Video Assignment!

“Ya kelas, saya nak kamu buat video assignment dan hantar kepada saya minggu depan!” Kata profesor kepada mahasiswa.

“Macam mana nak buat video assignment ya prof?”
Software apa yang perlu digunakan?”
“Ada contoh video assignment tak?”
“Tak pandai berlakonlah prof”

Balas mahasiswa kepada profesor.

“Yang itu, kamu cari sendiri.” Respon profesor kepada mahasiswa.

Akhirnya, mahasiswa frust menonggeng.

Ha! Dah bagi task suruh buat video assignment, tapi tak nak bagi contoh ataupun tips ataupun tutorial macam mana nak buat video assignment. Dah kenapa lecturer zaman sekarang. Nasib baik lecturer, memang kena hormatlah mereka, kan?

Jadi macam mana ya nak shoot video assignment? Mari kami kongsikan tips nak shoot video assignment!


01 |Software

Antara pakej software yang Adobe tawarkan antaranya Premiere Pro, After Effects, Audition, Photoshop, Illustrator. Semua ini boleh didapati secara langganan bulanan sahaja siap ada harga untuk mahasiswa!

Sebenarnya apa-apa software pun boleh digunakan. Ini termasuk Windows Movie Maker zaman tok anjang kita pun boleh guna. Janji, boleh jalankan tugas untuk edit video, tambah lagu sikit, ok lah kan.

Anda boleh gunakan software-software seperti berikut:

[1] Adobe Premiere Pro
[2] Pinnacle Studio
[3] Cyberlink PowerDirector
[4] Vegas Movie Studio
[5] iMovie (untuk pengguna Mac)

 

Macam mana pula nak gunakan semua software tu?

Agak panjang pula kalau kami buat tutorial untuk setiap software. Tetapi di sini kami akan kongsikan juga apa yang WAJIB anda lakukan untuk edit video:

[1] Import footage ke dalam software editing.
[2] Masukkan footage anda ke dalam timeline editing.
[3] Potong ataupun trim klip video / klip audio yang anda hendak edit.
[4] Susun semua klip video / audio / gambar mengikut susunan yang cantik.
[5] Tambah effects seperti color-correction, brightness & contrast dan lain-lain.
[6] Tambah title dan juga subtitle.
[7] Export video anda untuk share kepada lecturer / tontonan di sosial media.

02 | Equipment Shooting.

“Alamak! Mahal sangat harga DSLR!”
Jangan risau. Anda tak perlu keluarkan kos pun untuk equipment shooting!

Tak percaya? Meh kami terangkan.

Equipment shooting tak memerlukan kos yang tinggi. Sebab apa? Sebagai mahasiswa, fokus utama kita adalah untuk DELIVER PRESENTATION yang bagus dan jelas. Bermaksud, perakam video anda seharusnya mencapai kualiti mengikut keperluan dan tidak perlu sampai tahap kualiti filem.

Solusinya, gunalah barang yang sudah ada dalam poket anda. Contohnya smartphone anda!

Gambar di atas adalah Huawei P20 Pro. Sebuah smartphone yang mempunyai 24 megapixel kamera, mempunyai 3 sensor dan mampu zoom sehingga 5 kali ganda! Ianya juga mampu untuk shoot video dengan resolusi 3840 x 2160 pixel (4K) yang sudah atasi kemampuan sebahagian besar DSLR di pasaran!

Ya! Gunakanlah smartphone anda. Zaman sudah moden, kamera semakin nipis dan semakin berkualiti. Akhirnya kamera yang powerful sudah ada di dalam poket anda. Tak kiralah smartphone anda kategori murah atau mahal, yang penting kualiti video dan foto pada tahap yang memuaskan!


Ha! Banyak kan yang korang belajar. Nak bagi banyak-banyak dalam bentuk tulisan, nanti korang tak faham pula. Jadi kami nak maklumkan MTAS Production sudah terbitkan servis web-streaming khas dengan nama MTASflix.

Web ini dibina khusus untuk anda yang terlibat dengan pembikinan video sama ada student ataupun owner bisnes. Dalam web ini ada kami terbitkan satu video khas macam mana nak hasilkan video assignment daripada A sampai Z!

Antara sedutan 8 Step Bagaimana Hendak Menghasilkan Video Assignment.
Fuhh tengok terliur je kan boleh belajar daripada A sampai Z!

Jemputlah ya singgah website MTASflix yang sudah dilancarkan awal tahun ini! Banyak video content yang kami buat khusus untuk membantu korang dalam pembikinan segala jenis video!


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?