Pentingnya Jaga Waktu Makan Semasa Shooting

Bila cakap tentang shooting, apa yang dapat korang bayangkan dalam fikiran? Selalunya mesti korang akan fikir tentang kamera yang nak guna, lighting nak letak kat mana, props yang cantik-cantik dan set yang kena dengan citarasa korang. Kan?

Tapi korang kena ingat, lepas kerja-kerja shooting yang krew kena angkat barang merata ikut arahan director mesti korang akan penat kan. Perut korang mesti mula menyanyi. Satu lagi perkara yang penting semasa shooting adalah makan!

Ha! Sebab tu kalau korang perasan dalam video Behind The Scene (BTS) yang kami buat tu, ada je footage makanan. Penting untuk jaga waktu makan. Perlu selang-selikan antara waktu makanan berat dan kudapan.

 

Ini makan tengahari yang kami sediakan semasa shooting MV Donde - Andi Bernadi.

 

Ini pula makan malam. Dapat Nasi Ayam!

 

BTS | Andi Bernadee - Donde (Official Music Video)

Andi Bernadi dengan kudapan sebelum shoot scene untuk MV Donde.
(Klik gambar untuk tonton BTS MV Donde.)

 

Ini jadual yang biasa kami gunakan semasa shooting.

 

 

Bergantung pada waktu shooting korang. Korang kena rancang jadual makan dari mula waktu shooting sampai habis waktu shooting. Walaupun hanya untuk setengah hari, perlu dipertimbangkan sebab bukan team sahaja yang terlibat, kadang-kadang banyak barang yang terlibat dan team perlukan tenaga untuk uruskan setiap barang itu.

Macam biasa, rutin pemakanan kita perlukan 3 kali makanan berat (seperti nasi berlauk) untuk sehari dan selang antara makanan berat itu adalah kudapan (makanan ringan).

Lagi sekali nak diingatkan, penjagaan waktu makan ini penting. Sebab yang paling utama adalah untuk jaga energy team dan talent yang terlibat semasa shooting. Bayangkan team kena buat kerja berat dalam keadaan perut kosong. Boleh pengsan kot! Lagilah kalau ada yang mudah kena gestrik. Dah tambah masalah yang boleh ganggu jadual shooting.

Orang kerja dalam industri macam ini tak tentu cara kerjanya. Kadang-kadang apa yang dilaksanakan lebih berat dari apa yang dirancang. Fokus setiap orang yang terlibat sangat diperlukan. Jadi sangat perlu untuk jaga perkara seperti ini supaya setiap perkara lain yang sudah dirancang dapat diselesaikan ikut tempoh yang yang sudah ditetapkan.

Kesimpulannya, jagalah jadual makan semasa shooting. Tau!


Disediakan oleh,
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?