Pengalaman Pertama: Shooting MV Bersama Artis As’ad Motawh!

Sepanjang minggu pertama Oktober, team production MTAS Production sangat sibuk untuk preparation Music Video untuk artis muda baru As’ad Motawh. Buat pertama kalinya kami satu team tidak mememang kamera kerana requirement props, wardrobe dan set location agak detail. Buat pertama kalinya juga kami bekerjasama dengan Singer, bukan Actor.

Untuk preparation hari pertama, kami perlu cat hijau dan biru untuk ofis kami di belakang (sebelum ini adalah tempat tidur untuk perempuan sahaja tetapi ianya tidak digunakan sebaiknya, oleh itu kami gunakan ruang tamu sebagai tempat shooting blue-green screen kami). Proses ini memakan masa selama 4 hari penuh dan kami satu team perlu ulang-alik untuk membeli kelengkapan cat. Hari pertama cat, foundation sudah siap kecuali syiling sahaja. Hari kedua kami sambung dengan mengecat syiiling. Hari ke-3 kami finalize semula cat dan hari ke-4 pula kami menguruskan kain hijau dan biru untuk diletakkan di dinding dan dilantai.

Ketika hari shooting untuk hari pertama, semuanya berjalan dengan lancar. Team semua bekerja dengan sangat bagus, namun disebabkan kita shoot daripada 9 pagi hingga 8.30 pagi esok, semakin kita shoot semakin kita nampak yang team kita tak larat dah (even Tuan Director pun dah tertidur-tidur) tetapi As’ad Motawh kekal cergas (at least pada mukanya, sebab make-up so tak nampak dia penat). Sangat kagum dengan semangat orang muda seperti dia!

Untuk hari ke-2, kami mengalami masalah tidak cukup kenderaan untuk ke Kampar, Perak sebab kekurangan kenderaan. Kami perlu banyak kenderaan sebab banyak krew dan props untuk di bawa, pada akhirnya kami terpaksa korbankan beberapa props seperti tong air dan kami terpaksa beli di Kampar, Perak.

Shooting hari ke-2 agak huru-hara sedikit, banyak juga miscom antara krew dan pengarah, namun hari ke-2 yang paling ‘happening’ mungkin sebab hasil dalam kamera memang sangat-sangat lawa lagi-lagi ketika scene waktu malam ada efek snow ketika mereka menari.

Kami juga kagum melihat dancer-dancer untuk team As’ad Motawh, mereka sangat bertenaga dan komited dalam kerja mereka, even kalau dance tuh tak jadi, mereka sendiri secara volunteer nak ulang semula tarian mereka. Wow!

Terima kasih kepada pihak sponsors sama ada homestay, catering dan lain-lain! InshaAllah jasa korang kami takkan lupakan! Nantikan Music Video As’ad Motawh pada 26 Oktober nanti! Selamat meninggal kepada editor kami juga sebab ada 2 minggu sahaja untuk edit green-blue screen haha.


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?