Pelajar UniMAP Sangat Awesome! Passion Above College!

Pada hari Sabtu, 27 Oktober, saya diberi peluang untuk memberi perkongsian kepada lebih kurang 70 orang mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis dan perkongsian saya bertajuk ‘From Zero to Money’. Sesi perkongsian saya berlangsung selama 2 jam, dan saya sangat terkejut dengan semangat mahasiswa UniMAP yang berminat dengan perkara ‘di luar bidang’ mereka!

Hmm.. ‘Zero to Money’? Apa maksud kosong ke duit?
Macam persoalan pula, seperti nak tanya ‘kosong’ sangat ke duit kita? Hehe.

Secara asasnya, ‘Zero’ bermaksud KOSONG. Dalam bahasa kehidupan pula maknanya kita tidak tahu apa-apa. Kita tiada pengalaman. Kita tiada pengetahuan. Seperti bayi yang baru lahir; Bukan, seperti bayi yang belum lahir di mana bayi tersebut TIDAK TAHU MENANGIS pun! Kalau bayi baru lahir sekurang-kurangnya dah pandai menangis, maksudnya dia bukan KOSONG lagi dah, tapi dikira sebagai SATU.

‘To money’. Kepada duit. Maksudnya, macam mana boleh menghasilkan duit atau menjana pendapatan.

Kalau digabungkan frasa ‘Zero To Money’ dalam sudut teknikal video production, maksudnya daripada mengetahui hanya asas video production kepada penjanaan pendapatan melalui video production tersebut! Saya sediakan perkongsian saya dalam keadaan santai sahaja, dan saya sampaikan dalam bentuk perbualan bersama peserta.

Antara yang kongsikan bersama peserta adalah, BAGAIMANA HENDAK MULAKAN SESUATU? Saya kongsikan, mana-mana ‘film maker’ ataupun ahli seni hebat, mereka tidak akan bermula pada satu titik yang sama. Mereka akan bermula di mana-mana sahaja! Ada yang mula dengan ‘video editing’, ada yang mula dengan skrip, ada yang betul-betul ikut aliran perfileman, ada yang terikut kawan mereka untuk jadi ‘milo boy’ dalam video production yang akhirnya berjaya menjadi pengarah hebat. Yang pening mulakan. Mulakan sahaja.

Antara peserta dan AJK yang menguruskan program ini.
Terima kasih! You guys are awesome!

Perkara kedua, apa yang menarik mengenai pelajar UniMAP ini adalah, mereka sangat banyak bertanya! Ini membuatkan perkongsian ‘dua hala’ bersama mereka. Bukan saya sahaja yang menjual air liur di depan, tetapi mereka juga tak berhenti keluarkan sepatah dua air liur mereka! Apa yang membuatkan saya teruja adalah, mereka semuanya belajar dalam bidang yang bukan dari bidang video production. Ada dari kalangan mereka sudah ada yang buat video, ada yang baru mula dan ada yang belum buat video. Semua mempunyai kefahaman yang berbeza maka, persoalan pun akan berbeza sama sekali.

Semoga dengan perkongsian saya terhadap penjanaan pendapatan melalui video production dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir! Yang baca artikel ini pun, kalau rasa ‘jeles’ dengan UniMAP, sila jemput kami ye! Kami sudi menjual air liur kami kepada anda! Kami berikan jaminan yang anda akan dapat pendedahan 100% tentang video production dan editing. Nak ke nak? Hehe.


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production