Music Video Sekadar Slow-Motion? Ye Ke?

Fuh. Minggu pertama Oktober kami bermula dengan preperation untuk shooting Music Video untuk artis baru As’ad Motawh bawah record label Begood Music. Buat pertama kalinya, team production akan jarang sentuh bab kamera / tripod / stand dan segala equipment shooting sebab kami semua ditugaskan untuk menyelesaikan Props, Wardrobe, dan set penggambaran.

Sebelum itu, korang layan tak Music Video? Tak kisah lah K-Pop ke, Justin Bieber ke, DJ Khaled ke. Perasan tak Music Video mereka ini banyak gila ‘slow-motion’? Best kan feeling slow-motion? So, setiap kali buat slow-motion, kita LAYAK untuk buat Music Video sendiri!

Betul ke?

Kalau macam itu, setiap pemilik iPhone 6 dan ke atas, sudah mampu menghasilkan Music Video yang kosnya KOSONG. Tetapi apa yang terjadi? Hasilnya juga KOSONG.

Kosong sebab apa?

Kosong sebab SLOW-MOTION FOR THE SAKE OF SLOW-MOTION. Erti kata lain, slow-motion sekadar motion yang agak perlahan, tetapi tidak ketengahkan subjek yang sesuai untuk lagu, props dan wardrobe juga buat cincai-cincai. Sebab itu ianya kosong.

Oleh itu, kami MTAS Production komited dalam menyiapkan Props, Wardrobe dan set secara TOTAL.Percaya atau tidak, kami memakan masa selama hampir 2 MINGGU hanya untuk siapkan 3 perkara ini! Diketuai oleh Director kami Azfar Hamdii, beliau bekerjasama rapat dengan Art Director Justin Rahman untuk dapatkan requirement Music Video mengikut storyboard yang kita telah sepakat!

Team kami kali ini terbahagi kepada EMPAT.

Yang pertama, team yang menguruskan cat studio di ofis kami (kami cat Green Screen dan Blue Screen terus, supaya memudahkan proses shooting dan kami cat sehingga ke atas syiling yang tinggi dia Nauzubillah tinggi nya!),

Yang kedua team untuk pencarian sponsors,

Yang ketiga team untuk pencarian props dan ke-empat team untuk DIY props.

Ini adalah projek ke-dua kami untuk Music Video (yang pertama adalah projek bersama Yeos Malaysia), inshaAllah bermula minggu hadapan hari Selasa dan Khamis, 9 dan 11 Oktober kami akan bermula untuk proses penggambaran Music Video As’ad Motawh. Konfem akan penat gila dan kami berharap sangat As’ad Motawh mampu shooting bersama kami dengan stamina yang umph! Tapi dengar cerita beliau pun jenis happy-go-lucky, kalau working environment happy maka beliau still boleh bekerja dengan sangat baik!


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?