Music Video Production Percaya – VFX breakdown [Part 3]

Editing phase MV Percaya

Dengan hanya 8 hari untuk VFX editing sahaja! Aku perlu siapkan lebih kurang 14 VFX shot setiap hari (ini tidak termasuk hujung minggu). 14 VFX shot sehari merupakan job editting yang sangat mencabar, sebab kebiasaannya aku mampu untuk siapkan kurang 10 VFX shot sehari!

Alhamdulillah! Aku dapat hadapi cabaran tersebut beserta semua job editting lain yang ada dalam schedule, aku masih dapat siapkan on time! Sangat tidak dijangka aku dapat siapkan job editting macam ni dalam timeframe yang sangat mencabar ini.

Tapi tidak semua rancangan kita berjalan lancar. ‘Obstacle always lurks around the corner’.

The obstacle

Hanya 3 hari sahaja lagi untuk sampai deadline aku sangat yakin dapat siapkan semua  job editting yang aku dah susun. Sedang director membuat color grading dan final blending untuk VFX shot yang aku dah buat, disebabkan human error yang sangat minimal, director secara tak sengaja terpadam kesemua VFX shot yang aku sudah siapkan untuk 2 hari!

Lebih kurang 20 VFX shot hilang begitu sahaja. Dengan 42 VFX shot lagi yang belum siap, timeframe planning yang aku sudah susun terpaksa aku rombak balik untuk ambil kira set-back progress yang hilang! Aku cuba untuk selamatkan fail-fail yang hilang itu dengan melalui auto-save files, revert back to earlier version, dan beberapa technique recovery yang lain, tetapi kesilapan kali ini adalah permanent!

Argggh!

Jadi aku nak ingatkan, ‘auto-save doesn’t auto-safe if you are making a habit to save it frequently’. Itu cerita seram yang aku nak kongsikan sepanjang proses editting MV Percaya. Semoga perkongsian ini memberi sesuatu kepada anda yang bekerjaya dalam dunia penerbitan video. Nantikan artikel yang lebih menarik dari aku nanti!


Disediakan oleh,
Qamarul Syahmi
Senior Video Editor / VFX artist,


What’s next?