Music Video Production Percaya – VFX breakdown [Part 2]

Muzik video ini mempunyai 109 full VFX shot, dan lebih 328 footage yang telah dirakam dalam tempoh 2 hari video production. Sekiranya tidak mempunyai sebarang sistem pengurusan merupakan death sentence dalam video production seperti ini. Jadi aku hasilkan satu VFX spreadsheet untuk memantau dan meneliti perkembangan proses editing VFX kali ini.

Diinspirasikan dari syarikat VFX terbesar yang mempunyai Youtube channel mereka sendiri; Corridor Digital, yang pernah menggunakan sistem untuk memantau proses kerja yang hampir sama dengan proses muzik video ini. Dengan sistem ini, aku dapat memantau, merancang, dan extrapolate masa yang perlu untuk selesaikan kesemua 109 VFX shot tersebut.

Dari 109 VFX shot tersebut, aku asingkan kepada 5 kumpulan general scene iaitu mirror scene, 3D cubes scene, red hall scene, 3D Green hallway scene, dan white void scene. Dalam setiap general scene mempunyai stail dan efek visual yang berbeza. Jadi aku gunakan VFX spreadsheet tersebut untuk merancang timeframe editing aku.

Aku juga perlu mengambil kira masa pengarah video production untuk membuat final compositing dan polishing. Aku perlu buat base untuk VFX itu sahaja. Manakala color blending, grading, dan final touch-up akan dibuat oleh pengarah sendiri. Maknanya final product bukanlah hasil kerja aku seorang sahaja tapi hasil kerja sekumpulan team video production.

Ikuti langkah yang aku buat dalam penghasilan muzik video ini dalam blog yang akan datang.


Disediakan oleh,
Qamarul Syahmi
Senior Video Editor / VFX artist.


What's next?