Music Video Production Percaya – VFX breakdown [Part 1]

Tujuan penghasilan sebuah muzik video adalah untuk mempromosikan artis dan jenama, tapi tujuan utamanya adalah untuk memperkenalkan lagu tersebut. Muzik video selalunya dihasilkan adalah seperti sebuah filem pendek yang menggabungkan lagu tersebut dengan memasukkan imej, konsep, emosi dan maksud tersembunyi, dengan bertujuan untuk menyampaikan maksud lagu tersebut.

Tetapi dalam era media sosial sekarang, muzik video perlu dihasilkan menjadi sesuatu yang unik supaya dapat menyerlah dalam lambakan muzik video yang sedia ada. Jadi dalam muzik Video Percaya oleh Asad Motawh ini, aku cuba membawa kelainan dari muzik video biasa dihasilkan di Malaysia dengan Full VFX scene dan set VFX yang memukau.


Storyboarding dan VFX spreadsheet.

Untuk breakdown kali ini, aku akan ceritakan setiap langkah dalam penghasilan VFX tersebut; dari storyboarding, sehinggalah ke final compositing. Untuk bahagian 1 ini akau nak ceritakan langkah yang pertama iaitu storyboarding dan VFX spreadsheet.

Penghasilan storyboard full adalah salah satu kelebihan muzik video kali ini. Aku dapat kenal pasti berapa banyak VFX scene yang perlu aku hasilkan, dan juga tema dan stail untuk setiap set VFX tersebut. Sebelum muzik video mulakan pengambaran, aku sudah hasilkan beberapa visual konsep seni yang akan digunakan dalam video production muzik video tersebut.

Ikuti langkah yang aku buat dalam penghasilan muzik video ini dalam blog yang akan datang.


Disediakan oleh,
Qamarul Syahmi
Senior Video Editor / VFX artist.


What's next?