Mulakan Sesuatu Dengan Angan-Angan

“Focusing your life solely on making a buck, shows poverty of ambitions. It asked too little of yourself. And it will leave you unfulfilled.”

Sebelum memulakan suatu perancangan untuk memenuhi waktu kerja anda, ambil masa seketika untuk fikirkan tentang hidup anda. Adakah anda punyai visi yang jelas tentang hidup anda? Apakah perkara yang betul-betul anda mahu lakukan? Dengan menjawab soalan-soalan seperti ini, dapat membantu anda memilih haluan hidup anda dan bagaimana anda aturkan masa anda.

Ini 5 perkara yang boleh membantu anda;

01

PANDUAN

Fikirkan perkara yang dapat jadi penggerak untuk anda melakukan sesuatu. Apakah perkara yang dapat beri anda motivasi. Apakah perkara yang dapat beri anda tenaga dan keinginan untuk memenuhi dan melakukan sesuatu? Apakah nilai kehidupan yang anda mahukan? Apakah perkara yang sangat anda peduli?

02

IMPIAN

Apakah perkara yang sangat-sangat anda mahu lakukan? Dimanakah anda lihat diri anda beberapa tahun kehadapan? Bagaimana jika dalam masa 5 tahun? Berangan-anganlah dengan impian anda!

03

KEMBANGKAN

Apakah kemahiran, kebolehan dan bakat yang anda ada dan mahu kembangkan?

04

BINCANG

Borak dengan rakan-rakan anda berkenaan jawapan tentang jawapan-jawapan anda. Adakah jawapan-jawapan anda realistik dengan keadaan sebenar atau sebaliknya. Apakah kebarangkalian jawapan-jawapan ini dapat diusahakan?

05

TARGET

Dengan meletakkan objektif/target yang jelas adalah sangat membantu: “Saya mahu …”, “Dalam masa 5 tahun saya mahu …”. Anda juga boleh olah setiap objektif/target dengan kategorikan setiap target mengikut keperluan. Fikirkan juga langkah-langkah seterusnya dalam aturan untuk anda capai objektif/target yang anda telah senaraikan.

Fokus pada perkara yang dapat berikan anda motivasi, perkara yang mahu anda capai dan perkara yang dapat memberi anda kepuasan.


Disediakan oleh,
Kay
Operation Manager


What's next?