MTAS TIPS: Kenapa Anda Wajib Layan!

Antara sedutan MTAS Tips. Yep. Santai je kan?
Santai-santai tapi penuh info tentang pembikinan video!

Kalau you guys layan kami punya video sejak 2 tahun lepas, kami banyak kongsikan tips-tips video production macam mana nak shoot macam ini, macam mana nak dapatkan angle yang terbaik, macam mana nak edit Visual Effects, macam mana nak hilangkan muka yang tak hensem jadikan dia hensem dan macam-macam lagi. Cumanya tips kami agak ‘menyelit’, bukan bersifat macam ada 1 video official yang menerangkan tips tersebut dengan lebih proper.

Sejak kemasukan team yang super awesome seperti Ameer Afham (Creative Director BTS), kini kami boleh channel-kan tips-tips kami menerusi video rasmi iaitu ‘MTAS Tips’. Anda boleh layan di Channel Youtube kami MTAS Academy dan kami akan publish setiap hari Selasa jam 9pm. Antara video-video yang telah kami publish adalah seperti berikut:

Perkongsian berbentuk santai, tetapi sampai (ceewah).
Bercerita tentang transition video.

MTAS Tips: Aduhai Lagu Gempak Scene Biasa Biasa Je

Silap Videografer Selalu Buat!Pengacau Berjaya terlupa nak bukak caps.
Bercerita tentang 5 kesilapan videografer buat.

MTAS Tips: Silap Videografer Selalu Buat!

Kim power berlakon bila duduk sahaja.
Bercerita tentang kegunaan sebenar Aperture dalam kamera.

MTAS Tips: Ini Dia Tujuan Sebenar Aperture Kamera Anda

Setakat ini (as of 14th November 2018), kami sudah terbitkan 8 buah video MTAS Tips.

Semoga siri video ini dapat membantu korang semua untuk membikin video yang gempak-gempak ya! Kami MTAS Production dan MTAS Academy sudi share apa-apa sahaja yang you guys nak tanya. Tinggalkan feedback di komen ya nanti kami jawab untuk next-next video!

Like dan subcribe Channel YouTube MTAS Academy:


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?