Makin Besar Saiz Sensor Makin Mahal Harga? #SiriBezaKameraMahalMurah

Benar. Saiz sensor sangat berperanan didalam fotografi khususnya. Ia merupakan jantung didalam sesebuah kamera. Banyak manufacturer kamera membahagikan segmen kamera seperti Nikon, Canon, Sony dan banyak lagi.

Mereka bahagi kepada 3 segmen iaitu beginner, semi-professional, dan professional. Mungkin ada terma-terma yang menarik mereka gunakan untuk kefahaman pengguna. Ini baru cerita berkenaan fotografi khususnya DSLR. Belum sentuh Cinema Camera lagi.


 

Beginner

Peringkat beginner ataupun permulaan adalah segmen paling bawah dan murah sekali, sesuai untuk pengguna yang baru ingin belajar tentang fotografi ataupun ingin menjadikan fotografi sebagai hobi.

Kamera diperingkat ini biasanya dilengkapi dengan APS-C sensor, ataupun Crop Sensor. Biasanya harga akan bermula dalam lingkungan RM1,000 hingga RM2,500. Ia bergantung kepada pakej kamera tersebut, samada ingin membeli body kamera sahaja ataupun lengkap beserta dengan lensa.

Lensa yang biasanya dalam pakej adalah kit-lensa iaitu Zoom Lens 18-55mm f3.5-5.6 atau mungkin berbeza bagi setiap syarikat kamera. Kita juga boleh membeli body sahaja kerana didalam body kamera yang terdapat sensor kamera, mount lensa, pemproses imej, dan sebagainya. Kalau untuk korang yang baru nak mula tu, range kamera ni paling sesuai.


Semi-professional

Di peringkat semi-professional pula, ia membawakan kamera DSLR yang lebih berkuasa daripada kamera di peringkat beginner. Ia menyasarkan golongan yang sudah mahir terhadap penggunaan kamera DSLR, dan mula untuk menaik taraf kamera mereka atas dasar kamera beginner sudah mencapai tahap untuk meneroka bidang baru.

Kerana biasanya kamera beginner terdapat banyak limitasi seperti pemproses imej yang agak perlahan, autofocus yang perlahan, Dynamic Range yang kurang baik berbanding kamera ‘pertengahan’, tangkapan setiap saat yang kurang laju (sangat sesuai untuk mengambil gambar seperti sukan), dan beberapa lagi spesifikasi yang lain.

Kamera didalam range harga ini adalah lebih baik daripada tahap beginner. Harganya pula adalah bermula daripada RM2,500 hingga RM12,000! Jika anda berani untuk melabur, maknanya anda sudah serius didalam bidang ini.


Professional

DSLR pada peringkat ini pula semuanya telah dilengkapi dengan sensor yang besar berbanding sebelum ini iaitu sensor Full-Frame. Dengan sensor yang lebih besar, saiz body kamera juga adalah sedikit besar berbanding saiz kamera diperingkat beginner dan semi-professional.

Dengan sensor yang lebih besar, Dynamic Range adalah lebih baik. Imej pemprosesan juga adalah lebih pantas.  Peringkat harga pula bermula RM10,000 sehingga RM25,000! Segala kegunaan kamera dalam segmen adalah untuk peringkat komersial dan professional.


 

Semoga perkongsian kali ini memberi anda banyak manfaat. Nantikan banyak lagi perkongsian dari kami di MTAS Flix!


Disediakan oleh,
Muhammad Ameer Afham
Video Editor


What's next?