Kurangnya Kefahaman Klien Tentang Video Viral

Sebagai expert dalam penghasilan video storytelling yang sudah menghasilkan ratusan video. Didatangi klien yang mahukan video yang mampu viral adalah perkara biasa. Tapi setiap kali meeting, awal awal lagi kami sudah perasan idea yang mereka fikirkan mampu viral sebenarnya langsung tiada faktor faktor viral. Semasa mereka menggambarkan macam mana video yang mereka mahukan (yang melibatkan teks dan logo merata), kami sedar satu perkara, mereka bukannya nak video viral tapi video promosi.

Ini perkara biasa yang kami alami. Klien mahukan video yang mempromosikan jenama mereka ‘viral’ dan ditonton jutaan orang. Tetapi mereka tidak sedar tiada resepi menjadikan video yang tiada viral faktor menjadi viral. Kalau ada sudah tentu semua berlumba lumba nak buat.

Bila kita terangkan kepada mereka idea yang kelakar (kadang kala berisiko), sekali dengan hakikat yang hanya akan ada sedikit saja mention tentang jenama mereka dan logo hanya akan diletakkan pada hujung video, respon yang kami terima selalunya “ Tapi video ni tak beritahu banyak pasal kami, acam mana kami nak untung”?

Terlalu banyak usaha untuk menghasilkan video viral gagal kerana mereka tidak percaya dengan idea dan pengalaman pihak produksi.


Disediakan oleh,
Mohamad Syafiq
Chief Sales Officer


What's next?