Kepentingan Recce Tempat Sebelum Shooting

Apa maksud recce? Recce dalam video production adalah proses melawat sesuatu tempat untuk dapatkan maklumat lengkap tentang tempat tu.

Dalam proses pre-production, director akan beritahu set lokasi yang beliau perlukan untuk setiap scene dalam video yang akan dihasilkan. Jadi, bila dah jumpa satu tempat yang sesuai untuk dijadikan set lokasi adalah sangat penting untuk bawa team production untuk recce tempat tu.

Dalam artikel kali ini aku akan terangkan kepentingan proses recce set lokasi:


01 | Transport Dan Parking

Bila dah sampai tempat untuk recce, kene pastikan setiap ruang dan lokasi yang sesuai untuk digunakan sebagai tempat parking atau ruang yang boleh digunakan untuk team production turunkan barang. Perlu pastikan tempat itu yang paling dekat untuk memudahkan proses gerak kerja nanti.

Ekstra! Adalah lebih baik kalau korang tahu public transport yang terdekat sekitar set lokasi. Mungkin akan ada krew yang kena datang atau balik naik public transport.

 

02 | Saiz Lokasi

Pastikan tempat tu muat untuk letak lighting dan segala props yang akan digunakan. Untuk proses ini sangat bagus kalau dapat bawa director, art director,  prop master dan gaffer untuk buat perancangan terus tempat lighting dan props.

Untuk production manager pula perlu kenal pasti ruang untuk letak makanan dan ruang untuk talent berehat.

 

03 | Power Source

Ini penting! Pastikan di mana kedudukan plug yang ada dan pastikan plug tu boleh digunakan. Lighting, selalunya akan ada banyak extension plug yang kena guna nanti. Sebabnya kedudukan lighting bukan setempat je, tapi akan selalu bergerak ikut keadaan dan arahan director  semasa shooting nanti.

Plug ni pun untuk caj bateri. Sebab ada sesetengah lighting yang gunakan bateri. Selalunya proses caj bateri ni kena buat sebelum shooting lagi. Tapi kena juga sediakan payung sebelum hujan, kalaulah bateri yang ada dan bateri backup pun tak cukup masa shooting nanti, bawa aje pengecas bateri tu ke set.

Untuk team art pula kadang ada props yang guna elektrik. Jadi kena pastikan juga ada power source yang boleh digunakan khas untuk team art sahaja. Untuk makeup pula kalau ada keperluan untuk bersiap dan makeup kene buat di set lokasi kena pastikan ada ruang untuk makeup. Perlu pastikan juga ada lampu yang terang dan kadang-kadang stylist nak guna plug untuk hair dryer.


Ni masa kitorang recce tempat di Bandar Agasia, Perak untuk shooting Asad Mowtah.

Ini sahaja untuk kali ini. Aku akan share lebih banyak lagi kepentingan recce ni dalam next article. Bye!


Disediakan oleh,
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?