Kenapa Saya Suka Fight Club (Bahagian 2)


FIght Club merupakan antara filem yang terbaik pernah saya tonton. Untuk artikel kali ini, saya akan sambung  membincangkan sebab kenapa filem ini berjaya membuatkan saya terperosok ke alam penceritaan filem ini.

 

03 - Contradiction

Manusia pada asasnya akan tertarik dengan perkara yang di luar daripada kebiasaan. Antara cara paling mudah untuk mewujudkan perkara yang luar biasa adalah dengan menggabungkan dua elemen yang bercanggah antara satu sama lain seperti watak lelaki bertubuh sasa yang mempunyai hobi memakai pakaian wanita. Pelik kan?

Tapi Fight Club tidak mempunyai watak sebegitu. Fight Club mempunyai sesuatu dimana hasil gabungan dua perkara yang bercanggah, iaitu tajuk Fight Club itu sendiri:

‘Fight’ adalah perlakuan yang mana hasilnya akan memecah-belahkan keadaan diantara pihak yang terlibat.

‘Club’ adalah perlakuan yang mana hasilnya akan menyatukan/merapatkan keadaan diantara pihak yang terlibat.

Jadi tajuk Fight Club itu sendiri adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Dengan sesuatu seperti ini, menjadikan Fight Club sebuah filem yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Sebab inilah membuatkan saya meminati filem Fight Club.

 

Menarik? Mahu tonton Fight Club? Cubalah tonton di Amazon.


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What's next?