Kenapa Saya Suka Fight Club (Bahagian 1)


FIght Club merupakan antara filem yang terbaik pernah saya tonton. Untuk artikel kali ini, saya akan membincangkan sebab kenapa filem ini berjaya membuatkan saya terperosok ke alam penceritaan filem ini.

 

01 - Head Authority

Tidak salah untuk saya katakan Fight Club merupakan sebuah filem yang sangat informatif. Head Authority adalah teknik yang digunakan oleh penulis untuk membuatkan penonton tenggelam ke dalam cerita dengan memberikan fakta-fakta yang sangat jarang kita dengar. Terdapat beberapa maklumat di dalam Fight Club yang membuatkan saya rasa bahawa penulis Fight Club sememangnya adalah penulis yang paling layak untuk menulis Fight Club.

Contohnya adalah cara bagaimana watak ’Narrator’ menjelaskan penggunaan formula dalam mempertimbangan sama ada sesuatu model kereta itu patut dikaji semula rekaannya atau tidak selepas keluarnya laporan tentang jumlah kemalangan dan cara untuk membuat bom dengan menggunakan bahan perkakasan rumah*.

*Nota: Bahan pembuatan bom ditukar daripada bahan asal di dalam filem untuk mengelakkan pembuatan bom sebenar.


02 - Heart Authority

Ini pula adalah cara bagaimana penulis membuatkan penonton tenggelam dengan menceritakan bahawa watak utama ‘Narrator’ merupakan seseorang yang sama seperti manusia lain, mempunyai kerja pejabat, hidup sebagai seorang pemuda profesional dan berkeinginan untuk membeli perabot Ikea. Penceritaan ini penting supaya penonton boleh garap sifat kemanusiaan watak tersebut dan boleh mengaitkan diri mereka dengan filem tersebut.

Dan lebih menarik lagi, penulis juga bawa teknik ini ke tahap yang lebih tinggi, dengan mewujudkan satu kelemahan, satu benda yang memalukan bagi diri ‘Narrator’, iaitu ketagihan terhadap perjumpaan orang-orang yang berpenyakit kronik. Dengan mewujudkan kelemahan, penulis menjadikan ‘Narrator’ sebagai satu susuk yang boleh dipercayai*.

*Nota: Hakikat, manusia lebih cenderung percaya cerita seseorang jika seseorang itu memasukkan sekali babak yang memalukan diri, kerana itu adalah lumrah manusia dana walaupun babak memalukan itu palsu.

Menarik? Saya akan kongsikan lagi kupasan bedah filem Fight Club pada artikel yang akan datang. Mahu tonton Fight Club? Cubalah tonton di Amazon.


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What's next?