Kenapa Kehebatan Sesebuah Video Bukan Sekadar Video Editing

“Eleh. Senang je nak buat video. Tekan-tekan butang kamera je.” Kata majoriti orang-orang kita. Aduhai.
(Klik gambar untuk tonton video penuh)

 

Bila kami menyebut tentang VIDEO, majoriti daripada kita akan membayangkan ianya adalah sekadar GAMBAR YANG BERGERAK. In a way, betul juga, secara teknikal ianya adalah gambar yang bergerak dan di adunkan pula dengan editing yang gempak. Sebab itu video itu gempak.

Ye ke?

Korang tahu tak, untuk menghasilkan sebuah video (tak kira video itu bagus ke tak bagus ke lawak ke tak lawak ke), ianya memakan masa minima 1 bulan?

Korang tahu tak, untuk setelkan WARDROBE untuk MV As’ad Motawh sahaja mengambil masa 2 minggu penuh (pagi sehingga malam)? Fikirkan semula, perlu ke wardrobe fancy-fancy nih?

Korang tahu tak, shooting kami untuk hari pertama MV As’ad Motawh adalah 24 jam penuh? Fikirkan semula, kenapa lah shoot sampai malam, bila ntah nak qiamulail?

Korang tahu tak, editing MV As’ad Motawh yang penuh VFX hanya 2 minggu ke bawah sahaja? Kenapa lah cepat-cepat sangat nak edit? Takut rushing sangat jadik tak syok.

Korang tahu tak, ofis kami di Kuala Selangor sangat jauh dengan klien di KL, menyebabkan kami terpaksa ulang alik secara kerap? Fikirkan minyak kereta yang dikeluarkan, berapa agak-agaknya?

Antara Behind-The-Scene untuk MV As’ad Motawh. Krew equipment video sahaja melebih 10 orang.
Tak kira lagi orang yang in-charge bahagian lain seperti wardrobe, makeup As’ad, tukang-play-lagu dan sebagainya.
(Klik gambar untuk tonton video penuh)

 

Untuk membuktikan it’s all worth the effort, korang boleh tontonkan video kami di atas.

Apakah sesebuah video hebat sekadar EDITING sahaja?

Tidak.

Kehebatan VIDEO bergantung kepada DIRECTION, FOKUS dan TEAM yang tepat.

Art Director kami Mr Justin sedang ber-QC (quality check) dengan Mr Director untuk kasut talent MV As’ad Motawh.

 

Team Art bertungkus lumus untuk shoot scene As’ad Motawh jatuh, bila kita terjatuh, perlu ada fizik seperti angin tolak baju, angin tolak rambut, semuanya kita ‘tiup’ atau ‘recreate’ tiupan angin sama ada menggunakan benang nipis ataupun mini-blower.

 

Hari ke-2 shooting MV As’ad Motawh. Kami dapat sponsorship untuk homestay di Kampar Perak. Bayangkan kalau tak ada orang nak sponsor untuk tidur krew dan talent, bayangkan kos kita nanti macam mana.

 

Hari ke-2 shooting MV As’ad Motawh ketika malam. Team grip ataupun team yang menguruskan shooting kami bertungkus lumus untuk melaksanakan shot mengikut arahan Director. Mana anda nampak kan tangga yang disaluti extension nih dalam official video As’ad Motawh kan?

 

Segala usaha untuk menghasilkan Music Video As’ad Motawh yang hanya 4 minit 5 saat ini anda boleh lihat di video Behind-The-Scene kami di bawah:

Nantikan next-next artikel!


Disediakan oleh,
Ulwan Mokhtar
CEO MTAS Production


What's next?