Kenalpasti Waktu Kerja Yang Produktif

Setiap dari kita ada masa tertentu pada siang hari sebagai waktu yang produktif untuk bekerja. Boleh jadi awal pagi, boleh jadi selepas minum pagi dan boleh jadi selepas makan tengahari. Anda sangat digalakkan untuk lakukan kerja-kerja yang penting atau sukar pada tempoh masa anda dalam keadaan yang sangat segar dan produktif.

Ketika bekerja pada waktu produktif, ingat bahawa pengambilan makanan berat akan membuatkan kadar kerja anda perlahan dan anda akan lebih cenderung untuk melakukan kesilapan. Anda sangat digalakkan untuk jaga waktu produktif anda dan elakkan untuk melakukan aktiviti yang kurang produktif.

Kebanyakan dari kita, waktu yang sangat produktif adalah pada waktu pagi. Pada ketika ini deria lebih peka dan badan lebih bertenaga. Sama juga konsep untuk hari dalam seminggu. Sekiranya anda rasakan hari produktif anda pada Isnin dan Selasa, jadualkan perbincangan atau pertemuan pada hari-hari yang lain supaya anda dapat fokuskan jadual pada kerja-kerja yang penting pada hari produktif ini.

Contoh waktu produktif, jika anda beratur dan menunggu di pejabat pos pada jam 9 pagi akan membuatkan anda sangat geram dan marah sekiranya itu waktu produktif anda. Tapi sekiranya anda pergi ke pejabat pos selepas waktu produktif, selepas selesai tugasan atau kerja yang sukar dan ia akan sangat membantu anda. Jarakkan kerja yang kurang penting dari waktu produktif akan mengurangkan daripada gangguan untuk menyiapkan tugasan-tugasan penting.

“Elakkan dari lakukan tugas-tugas rutin pada waktu produktif. Utamakan tugas-tugas penting pada waktu produktif.”


Disediakan oleh,
Khairul Ridhwan
Operation Manager


What's next?