Kemaskini Projek Fail Video Editor

Anda rasa apa perkara penting yang perlu ada sebagai video editor yang bekerja secara berkumpulan? Sudah tentulah perlu ada kesefahaman yang baik. Apa pula yang pentingnya dengan kesefahaman itu? Sudah tentulah untuk memudahkan dan melancarkan proses kerja-kerja video editing.

Jadi, perkara yang perlu anda buat sebelum memulakan kerja editing adalah mengadakan susunan folder yang kemas dalam Project File anda. Maksudnya, dalam Main Folder perlu ada semua jenis folder yang berasingan khusus untuk setiap perkara. Dalam Project File anda perlu ada folder seperti berikut; Folder Footage, Folder Audio, Folder Sound Effect, Folder Background Music, Folder Image/Video In, dan Folder Render.

Okey, itu adalah folder asas yang perlu disediakan setiap kali seorang video editor mahu memulakan kerja video editing. Sekiranya anda mahu adakan apa-apa folder tambahan, sila tambah sendiri ye. Perkara seperti ini nampak remeh, tapi ia sangat membantu kerana dapat memudahkan dan melancarkan kerja-kerja video editing dalam satu team video editor sebab Project File akan sentiasa berubah dari editor ke editor lain. Contohnya editor A buat susun footage kemudian editor B akan sambung untuk masukkan audio pula.

Alright! tu sahaja yang saya nak kongsikan kali ni. Teruskan follow up www.mtasproduction.com untuk lebih tips video production. Terima kasih!


Disediakan oleh,
Muhammad Elyas
Video Editor


What's next?