Kaitan Dynamic Range dengan size Sensor? #SiriBezaKameraMahalMurah

Untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi sesuatu yang ada kaitan dengan artikel sebelum ini iaitu Dynamic Range. Dah baca artikel tentang Dynamic Range? Kalau belum, boleh klik dan baca di sini.

Anda tahu tak yang kamera mempunyai pelbagai jenis saiz sensor? Benar, ini kerana banyak kamera dilengkapi dalam pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar, kamera kompak, kamera digital (DSLR) dan banyak lagi yang kini ada dalam pasaran.

Dengan kepelbagaian jenis peranti yang mempunyai kamera menjadikan pelbagai saiz sensor yg disertakan pada peranti tersebut. Kamera pada telefon pintar mempunyai beberapa saiz seperti 1/2.3inci (6.3 x 4.7mm), 1/1.7inci (7.6 x 5.7mm), dan 1inci (13.2mm x 8.8mm).

Kamera digital seperti kamera DSLR pula dilengkapi dengan beberapa juga saiz seperti APS-C (23.60 x 15.60mm), Full Frame (36.00 x 24.00mm). Juga terdapat beberapa kamera yang menggunakan saiz sensor seperti Micro Four Thirds 4/3” (17.30 x 13.00mm) yang saiznya lebih kecil daripada sensor APS-C.

Ada juga sensor yang lebih besar daripada Full Frame iaitu saiz Medium Format (53.7 x 40.2mm). Kamera yang menggunakan sensor gergasi ini adalah seperti Hasselblad X1D dan Fujifilm GFX 50S yang sangat jarang digunakan oleh jurukamera biasa (mainstream) kerana harganya yang sangat mahal.

Persoalannya di sini, pentingkah untuk tahu saiz sensor?

Penting untuk tahu kerana semakin besar saiz sensor kamera, semakin cantik gambar yang akan dihasilkan. Dengan saiz sensor yang besar, semakin banyak jumlah cahaya yang akan dikesan pada sensor. Dengan saiz sensor yang lebih besar juga membolehkan kamera menyerap lebih banyak maklumat untuk dimasukkan kedalam gambar berbanding dengan saiz sensor yang kecil.

Dengan sensor yang lebih besar akan menghasilkan Dynamic Range yang lebih baik. Kualiti Dynamic Range yang baik dapat menghasilkan sebuah gambar yang sangat cantik!

Kalau nak kamera dengan sensor yang besar, kena beli kamera yang mahal ke? Ke ada juga kamera yang murah dapat berikan kualiti yang sama? Nak tahu? Nanti saya kongsikan pada artikel yang seterusnya.


Disediakan oleh,
Muhammad Ameer Afham
Video Editor


What's next?