Jom Jadi Manusia Bersyukur!

Beberapa minggu lalu, Team MTAS Production berpeluang untuk berjumpa dengan Tuan Syed D’Jailani. Beliau adalah seorang usahawan dari negara seberang kita, Singapura. Pertemuan itu adalah untuk satu kerjasama bersama MTAS Production menerbitkan sebuah video. Ini adalah video yang telah berjaya dihasilkan.

Short Filem | Aku, Ayah dan WangShort Filem | Aku, Ayah dan Wang
(Klik gambar untuk tonton video penuh)

Masa berjumpa beliau, first impression kami macam jumpa orang-orang VIP yang berjawatan tinggi. Tapi bila mula berbual dengan beliau, beliau adalah orang yang sangat merendah diri dan perbincangan juga adalah hanya bersahaja dan santai. Beliau mengusahakan program motivasi dan psikologi untuk semua lapisan masyarakat dan pelbagai organisasi yang memerlukan khidmatnya.

Beliau banyak berkongsi tentang pengalamannya sebelum dapat capai ke tahap kini. Beliau bercerita tentang pengalaman penting dalam hidup beliau yang memberikan inspirasi pada diri saya. Beliau banyak memberikan nasihat kepada kami sebagai anak-anak muda perlu giat berusaha untuk kemudahan hari-hari yang mendatang. Katanya:

Tidak salah untuk kita menjadi kaya kerana ia dapat memberi kemudahan kepada kita. Kadang-kadang kita lalai dengan apa yang kita ada di sekeliling kita, tetapi tidak bermakna kita terlambat untuk berbuat sesuatu.”

Walaupun beliau ditarik satu nikmat dengan kehilangan salah satu anggota badan, tetapi beliau sentiasa bersyukur dengan yang apa yang beliau ada dalam hidup ini. Terima kasih Tuan Syed D’Jailani untuk semua cerita dan nasihat untuk kami.

Tuan Syed D’Jailani yang disebelah kiri gambar.

Jadi, jom kita jadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap yang kita dapat walau dalam apa jua bentuk yang diberikan kepada kita.


Disediakan oleh,
Muhammad Ameer Afham
Video Editor


What's next?