Intro VFX Breakdown Reforged

Music video Percaya mempunyai banyak Visual Effects yang membuatkan ia unik. Tetapi Behind the Scene video tersebut tidak menunjukkan banyak detail dan proses penghasilan efek-efek tersebut. BTS hanya fokus kepada skop pakaian dan dance MV ini. Jadi dalam video production  kali ini, aku akan breakdown sedikit sebanyak process penghasilan props dan VFX video ini.

------------------------------

Day 1

Setiap video yang berjaya perlu melalui process pre-production. Selepas pre-production, aku sedar ada beberapa aspek practical effect yang bagi aku agak ambitious. Kebanyakannya adalah props standard untuk production, seperti koleksi cawan kaca, stand lampu, frame gambar, kerusi hijau dan putih, dan custom baseball bat. Tetapi ada 2 particular props yang agak sukar untuk dibuat, props pintu praktikal, dan frame cermin stand-alone.

Untuk pintu praktikal tersebut, aku terpaksa meminta tolong dari Encik Ahmad, storyboard artist kami, dan membuat sedikit research dan early sketch projek pintu tersebut.

------------------------------

Day 2

[ Story A ]

Untuk Pintu Praktikal dan bingkai cermin praktikal, pada awalnya aku cadang untuk cari hardware atau carpenter untuk bina untuk kami. Untuk bingkai cermin praktikal aku berjaya cari kedai aluminium yang sanggup bina custom untuk kami. Tetapi untuk bingkai pintu praktikal, tidak bernasib baik. Kesemua kedai hardware yang kami pergi kata permintaan kami “agak tak masuk akal” dan menolak permintaan kami.

Jadi aku terpaksa buat pintu praktical itu sendiri, dan mula mencari raw material untuk pintu tersebut.

 

[ Story B ]

Sementara itu, aku mulakan proses membuat props lain, aku mulakan dengan sanding permukaan awal kerusi sebelum mula proses spray.

 

[ Montage sanding kerusi ]

Selepas permukaan kerusi sudah siap baru aku lakukan proses spray. Untuk kerusi hijau, aku mulakan dengan warna putih kerana kayu kerusi ini agak gelap dan akan tenggelamkan warna hijau.

Selepas 3 layer spray putih, aku apply lagi 3 layer spray hijau.

------------------------------

Day 3

[ Story A ]

Selepas sedikit discussion dengan En. Ahmad, aku decide untuk buat pintu praktikal itu dari frame aluminium dan pintu plywood. Berdasarkan sketch plan asal, aku mulakan projek membina pintu praktikal tersebut.

 

[ Montage binaan ]

Untuk membuat pintu ni berdiri sendiri, aku menggunakan 4 angle bracket besi untuk dijadikan kaki frame tersebut. Bracket tersebut aku pasang menggunakan aluminium rivet.

Untuk pasang rivet tersebut, kita kena tebuk kedua-dua besi yang hendak di-rivet menggunakan drill machine.

 

[ Story B ]

Disamping projek pintu tersebut, aku juga membina props yang lain seperti kerusi hijau, baseball bat, dan barang-barang atas meja dining.

 

[ End montage ]

Selepas frame pintu praktikal tu hampir siap, aku mula sceptical dengan integriti frame tersebut. Dan selepas aku pasang pintu plywood ke frame pintu tersebut, ternyata tekaan aku betul. Frame pintu tersebut tidak mampu menampung berat pintu plywood yang aku pilih.

Oleh kerana saiz pintu plywood tersebut terlalu besar, dan tidak mempunyai pengganti pintu plastik, aku terpaksa design semula pintu praktikal tersebut menggunakan pintu plastik dan frame aluminium yang lebih kecil.

------------------------------

Day 4

[ Video aku explain mistakes dari BTS ]

Berbekalkan dengan experience dari pintu sebelum ini, aku decide untuk buat pintu kedua ini lebih kecil dan seringan yang mungkin. Ini bermakna memotong sebahagian dari Frame aluminium pintu tersebut. Ini juga bermakna aku terpaksa menggunakan heavy tools yang aku paling takutkan, metal grinder.

Disclaimer: If you are under 18-year-old, do not try this at home. Only do it with adult supervisions and permission. We have experience using these machine and have taken every precaution needed.

Grinder machine ada 3 jenis mata utama, disc untuk memotong kayu, disc grinding besi, dan disc memotong besi. Selepas menanda bahagian besi yang aku hendak potong, aku mula memotong bahagian tersebut.

 

[ Montage grinder ]

Selepas frame pintu berada dalam saiz yang aku perlukan, aku terus lakukan kesemua proses memasang angle bracket itu semula.

------------------------------

Conclusion

Selalunya bila video tu VFX-heavy, props dan elemen praktikal selalunya tidak dihargai. Pintu praktikal itu mungkin sudah biasa digunakan oleh video production besar dan industri media mainstream. Tetapi bila video production kecil cuba lakukannya, ianya adalah satu perkara yang besar bagi mereka.

Itu sahaja VFX breakdown kali ini. Aku tahu tak ada VFX yang aku breakdown, tapi kenapa title VFX breakdown? Dan adakah aku akan buat part 2?

Maybe. Kalau aku rajin, aku akan buat VFX breakdown part 2 dekat Channel YouTube aku. Kalau aku dah buat akan ada annotation dekat penjuru screen sebelah kanan, dan dalam description dekat bawah. Itu kalau aku rajin.

Thank you guys for watching, and as always… nak lagi bayo-

Imitation is the highest form of flattery.


Disediakan oleh,
Qamarul Syahmi
Senior Video Editor / VFX Artist


What's next?