Into the Magic Shop

Hi semua! Hari ni aku nak share bahan bacaan yang aku baca dalam 2-3 minggu ni. Buku ni aku pinjam dari  Encik Inderawasih. Terima kasih sangat! Aku tahu buku ni pun sebab ada satu lagu BTS bertajuk ‘Magic Shop’ dan dari apa yang aku pernah dengar, BTS dapat idea untuk tulis lirik lagu tu hasil dari bacaan dia dari buku ni. Oleh kerana aku sangat teruja bila tahu maksud lirik dalam lagu tu yang boleh menenangkan aku masa aku tengah down.

Disebabkan keterujaan itulah yang membuatkan aku nak sangat baca buku ni! Jadi inilah review aku untuk buku yang tajuknya; ‘Into the Magic Shop’ oleh Daneil Goleman.

Buku ni berdasarkan cerita seorang professor dalam bidang neurosurgery yang bernama Jim mengimbau kenangan masa dia kecik-kecik. Kisah seorang budak miskin dalam keadaan keluarga yang ada masalah sehingga boleh capai kejayaan sebagai seorang professor. Bapa dia kaki mabuk, bila ada di rumah sentiasa bergaduh dan memukul ibu dia. Si ibu sangat stress dengan perangai suaminya sehingga banyak kali cubaan untuk membunuh diri dilakukannya.

Jim sangat stress dengan keadaan keluarga dia, jadi selepas kelas dia pulang rumah lambat. Dia suka merayau seorang diri. Jim sangat gemar silap mata. Suatu hari, semasa sedang merayau dia terjumpa sebuah kedai yang jual barang silap mata. Dengan penuh minat Jim masuk kedai itu dan berjumpa seorang perempuan tua bernama Ruth.

Kalau korang google buku Magic Shop ni ada yang review macam ni;  “Psychodramatic technique that exchanges fear for a positive attitude”. Jadi hasil bacaan dari buku ni banyak kata-kata yang membuatkan aku terfikir untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Antara kata-kata yang aku suka dari buku ni;

Teenagers crave freedom, but only if they’re standing on a base that is stable and secure

We grow through difficult situations. That’s why you have to embrace each and every difficult thing in your life

Those who hurt people are those who hurt the most

Banyak lagi kata-kata yang sangat menarik dalam buku ni. Tapi, pada aku apa yang membuatkan buku ini lebih menarik adalah bila Ruth mengajar Jim sesuatu. Ruth ajar Jim teknik untuk menenangkan diri, belajar untuk fokus, cara kawal badan dan banyak lagi. Aku pun tak habis baca lagi buku ni. Untuk tahu lebih lanjut apa teknik yang ada dalam buku tu, korang boleh je google kata kunci “Ruth’s trick

Jadi, tolong doakan aku dapat masa terluang lebih sikit supaya aku boleh habiskan bahan bacaan aku ni. OK tu ja untuk blog kali ni. Bye!


Disediakan oleh,
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?