Idola Dunia Perfileman Sepanjang Zaman

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan seniman yang pernah menjadi tumpuan pada suatu ketika dahulu. Lakonan beliau yang bersahaja membuatkan filemnya sentiasa segar untuk totonan masyarakat sepanjang zaman. Beliau juga sangat hebat dan berbakat dalam mengarah filem. Filem-filem yang beliau hasilkan mampu memberikan impak kepada masyarakat melalui mesej yang diselitkan dalam filem-filem beliau.

Selepas beberapa dekad selepas pemergian , gaya pengarahan Tan Sri  P. Ramlee, muncul beberapa pengarah yang mempunyai hasil sentuhan seperti beliau. Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan Mamat Khalid adalah antara pengarah filem yang mampu menghasilkan filem yang berkualiti setanding hasil sentuhan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Gaya pengarahan mereka yang sangat unik dan melawan norma dunia perfileman tanah air. Filem-filem yang dihasilkan sangat dekat dengan masyarakat dimana isu yang sering diselitkan dalam hasil seni mereka adalah seperti isu tentang keluarga, kasih sayang, identiti nasional dan kadangkala kisah hidup dan pengalaman mereka sendiri.

Filem-filem sentuhan tiga karyawan ini walaupun nampak mudah dan kadang kala kelihatan lucu yang membuatkan penonton sangat terhibur, namun mereka berjaya menyampaikan mesej yang tersirat dan memberikan nilai murni sebagai pengajaran kepada penonton. Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Tidak ramai yang menghargai apa yang telah karyawan seperti ini telah berikan dalam dunia industri perfileman negara.

Banyak kecaman dan kritikan pada filem-filem yang mereka hasilkan kerana mereka berani membawa isu berkenaan realiti dalam masyarakat dan mewujudkan babak-babak yang memerli dan menyindir sikap masyarakat kita. Apa yang mereka lakukan adalah luahan kebenaran yang tidak banyak pengarah lain mampu untuk menghasilkan karya seperti mereka.

Mereka tidak angkuh dan sombong, bahkan mereka mampu untuk menerima kritikan demi kritikan dan jadikan ia pemangkin untuk mereka bekarya. Mereka bertiga sangat hebat dan berani memberikan perubahan dalam industri perfileman negara.

Benarlah kata bijak pandai:

“Jangan melihat masa lalu dengan penyesalan, jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekitarmu dengan penuh kesadaran” – James Thurber

Jadi, ambillah pengajaran daripada pengalaman supaya dapat melangkah lebih gagah dan tidak mengulangi kesalahan lama.


Disediakan oleh,
Syahida
Assistant Art Director


What's next?