Hitchcock’s Rule

Sepanjang minggu pertama bulan Disember ini saya berpeluang untuk membaca bukuyang berjudul The Filmmaker’s Eye sebagai bahan persediaan untuk mengajar. Menariknya, buku ini menceritakan satu rule baru bagi saya dan mempunyai impak yang besar dalam memahami penceritaan dalam video production iaitu Hitchcock’s Rule.

Apa itu Hitchcock’s Rule?

Ia merupakan prinsip yang diperkenalkan oleh Alfred Hitchcock yang menyatakan bahawa saiz sesuatu objek di dalam frame untuk sebuah video production perlu disegerakkan kepentingan objek tersebut di dalam cerita tersebut pada saat tersebut. Semakin besar kepentingan sesuatu objek, semakin besar saiz objek tersebut di dalam frame. Prinsip ini boleh dilaksanakan sama ada bila kalian mempunyai hanya satu atau lebih elemen visual di dalam frame. Prinsip ini juga boleh digunakan untuk menzahirkan ketegangan suasana dan suspense, bila menunjukkan pada penonton sebab di sebalik mengapa sesuatu objek itu ditunjukkan.

Contoh penggunaan Hitchcock’s Rule adalah seperti snapshot di atas. Snapshot ini diambil daripada filem The Marriage of Maria Braun (1979) yang mempertontonkan sekotak rokok di awal filem selepas diterangkan bahawa rokok digunakan sebagai ‘matawang’ di German selepas Perang Dunia Kedua. Penting sangat ke rokok ini sehingga ia memenuhi keseluruhan frame?

Sangat penting!

Di akhir filem ini, kita akan dapat menyaksikan watak utama filem ini mati kerana sekotak rokok. Kerana ia bukan sekadar rokok. Ia adalah ‘matawang’. Watak-watak di dalam filem ini berebutkan ‘matawang’ tersebut untuk kelangsungan hidup pada zaman itu.

Semakin besar kepentingan sesuatu objek, semakin besar saiz objek tersebut di dalam frame. Itulah Hitchcock’s Rule. Semoga anda boleh manfaatkan prinsip ini dalam video production anda nanti.


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What's next?