Hari-Hari Kerja

Selama dua minggu pre production untuk shoot mv As’ad Motawh. Setiap department buat yang terbuat untuk menyelesaikan tugas masing-masing. Dari pembantu sampai lah ke head setiap department.

Arahan bertali arus untuk pastikan semua berjalan dengan lancar dan setiap perkara masih dalam skop
yang dirancang. Sikit demi sikit makin nampak pergerakan kerja dan hasil setiap department. Tahniah guys!

Dan hari yang dinantikan pun tiba 2 kaki 2 tangan setiap team sibuk dengan itu ini untuk kerja masing-
masing.

Antara hasil props pada waktu kejadian

Aku sibuk dengan clapperboard dan continuity report demi kemudahan editor untuk mengedit.
Clapperboard tu apa? Clapperboard tu satu board yang aku tulis nombor setiap scene sebagai mark
untuk editor untuk mengedit. So, sebelum camera roll cuba teka siapa yang inframe dulu? OFC lah aku!
Hahaha!

Dari scene – roll – take semua kene betul! Kalau tak kesian editor~

Kalau tengok belah bawah ada DAY, NITE, INT, EXT.

DAY, NITE adalah waktu shooting bila. DAY = 'siang' atau NITE = 'malam'.
INT, EXT tu pulak kita shooting tu kat mana. INT = 'dalam' atau EXT = 'luar'.
INT dalam rumah, dalam studio apa-apalah tempat yang berbumbung dan berdinding.
EXT pulak luar. Luar lah macam mana lagi nak aku terangkan ni hahahhaha.

Itu je kot. Hmm panjangnya~

Untuk continuity report pulak aku akan terangkan untuk next entry aku ya.. Annyeong!


Disediakan oleh
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?