Hadapi Masalah Tekanan Anda

Sekiranya hidup kita terlalu bebas dari tekanan, kemungkinan besar tiada apa yang dapat kita capai. Tapi, kebanyakan dari kita, ramai yang menanggung bebanan tekanan dalam hidup sehingga menjadikan diri tidak terurus. Sehingga menjadikan diri sendiri sangat sukar untuk membuat keputusan dan kemungkinan hilang pertimbangan untuk meneruskan kehidupan akibat beban tekanan yang dipikul.

Kadan-kadang anda rasa kecewa dengan kerja yang sangat perlahan sedangkan kerja itu sangat penting, sukar, dan perlu di selesaikan dengan segera. Anda sudah usaha bersungguh-sungguh untuk kerja itu. Sehingga anda sangkakan bahawa anda terlalu sibuk dengan kerja untuk bercuti. Sekiranya ada ciri-ciri ini dalam diri anda, adalah perlu untuk anda cari cara untuk uruskan dan kurangkan tekanan yang sedang anda hadapi.

Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk kurangkan tekanan tersebut:

1

Jadualkan secara tersusun waktu rehat anda.

Sekiranya anda sedar yang hari bekerja anda sangat sibuk dengan pelbagai tugasan, cuba lapangkan hari minggu anda untuk rehat atau cuba jadikan jadual anda kurang sibuk pada minggu yang seterusnya.

2

Kuatkan diri untuk katakan tidak.

Pastikan diri anda untuk tidak cuba mengawal setiap sesuatu yang ada di dunia ini. Kerana hanya ada sebahagian perkara sahaja dalam kawalan kita, selebihnya bukan. Jadi kita perlu sedar dan lakukan yang terbaik mengikut kemampuan kita.

3

Rancang rehat bersama rakan dan keluarga.

Keluarga adalah pilihan yang terbaik untuk hari rehat anda. Pilih rakan yang dapat membawa anda ke arah kebaikan dan dapat membantu mengisi tenaga positif dalam diri anda.

4

Lakukan kebajikan.

Kadang-kadang kita lupa bahawa ada yang lebih susah dari kita. Dengan berbuat kebajikan seperti bersedekah dan beri makan orang yang susah, akan membantu untuk kita diperlihatkan kesusahan orang lain. Dengan ini, kita perlu lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

5

Cuba berjenaka.

Gembira/ketawa adalah ubat yang sangat membantu untuk mengurangkan tekanan. Bukan hanya untuk diri sendiri, dengan buat orang lain gembira/ketawa juga adalah antara terapi yang sangat baik.

6

Beriadah aktiviti fizikal.

Dengan melakukan aktiviti riadah seperti berlari dan berbasikal dapat membantu menangani tekanan. Dengan aktiviti seperti ini dapat membantu melancarkan pergerakan saluran darah dalam badan seterusnya memberikan sumber oksigen yang cukup ke otak.

7

Tambahkan masa untuk beribadat.

Dengan ibadat dapat membantu menghidupkan bahagian rohani/dalaman/spiritual dalamdiri kita. Kebanyakan dari kita mungkin terlupa yang kita ada dunia fizikal dan juga dunia rohani yang perlu sentiasa diseimbangkan.

Apa-apa pun pilihan anda, praktiskanlah dengan baik supaya anda dapat gunakan tekanan yang ada itu untuk tujuan yang lebih besar yang pernah anda buat sepanjang hidup anda.


Disediakan oleh,
Khairul Ridhwan
Operation Manager


What's next?