First Time

“Okay saya dah bahagi korang pada dua group iaitu team props & team wardrobe. Masing-masing boleh tengok whatsapp. Saya dah update” Semua keluarkan phone. Ada yang mengangguk tanda faham, ada yang dah termenung fikirkan idea.

“Wow ok”

Aku dalam team props. Ada sedikit perasaan tidak yakin diri dan risau. Yelah, selama aku berkhidmat kat MTAS Production tak pernah lagi aku ditempatkan kat dalam bahagian kreatif, membuat benda baru. Dari kosong. To something. Tambahan lagi ini untuk artis. Phew! Kalau tak nampak benda tu benda tu, habislah. (Big clap for team art by the way!)

#The Day

Dalam banyak-banyak props yang kami buat, ada satu yang paling struggle kena buat on set. Nak guna masa tu jugak! Yes, fake ice cream. Ada tiga bahan untuk buat benda alah ni yang aku rasa dah cukup perfect untuk menampakkan benda tu aiskrim; plasticine, pewarna merah dan kon aiskrim. Aku pun tak tahu hantu mana yang merasuk sampai ada confident level tinggi macam tu *sigh*

The struggles ... begin.

Kon aiskrim dah di-dab dengan warna merah dan dikeringkan guna hair blower. Fuh, siap satu. Sekarang, aiskrim. Bentuk punya bentuk ... hm. “Weh tak nampak aiskrim pun!” Aku tengok Azme. Azme tengok aku. We both screwed. Then kami refer google aiskrim tu macam mana since masa tu dah pagi buta around 2 pagi, kami dah lupa apa tu aiskrim *shake my head* Bentuk punya bentuk. “Well, at least … nampak lah kan” We both smile … awkwardly.

“Nah En. Azfar”

Yeay! Bye-bye aiskrim. Aku dah lepas. Jangan cari aku lagi muahahaha *evil laugh*


Disediakan oleh,
Luqman Hakim
Director of Photography


What's next?