Fikirkan Tentang Matlamat Peribadi Anda

Matlamat boleh jadi untuk kerja, boleh jadi untuk keluarga dan boleh jadi untuk komuniti/masyarakat sekeliling anda. Malah ia boleh dikaitkan dengan apa-apa sahaja yang ada di dunia ini. Apa-apa pun, yang penting anda perlu adakan matlamat peribadi supaya anda dapat merancang menjadikan ia suatu realiti.

Matlamat anda boleh jadi seperti ini, “jadi rakan kongsi dalam perniagaan ini pada umur 30 tahun”, atau “mahu luangkan separuh dari masa hidup untuk bersama dengan keluarga” atau “ untuk bantu anak-anak yang kurang berkemampuan”. Apa-apa pun matlamat itu, bila sudah ada, pecahkan ia kepada matlamat yang lebih kecil supaya dapat bantu anda mencapainya.

Ada latihan yang sangat sesuai untuk anda yang sudah sedia untuk pecahkan matlamat tadi. Latihan ini dapat membantu anda menyediakan aktiviti-aktiviti atau matlamat-matlamat kecil yang dapat dilakukan untuk capai matlamat peribadi anda tadi. Untuk lakukan ini anda perlukan:

01

Sediakan sehelai kertas A4 kosong.
Bentangkan ia secara mendatar.

02

Tuliskan matlamat utama di tengah-tengah halaman.
Tuliskan dengan ringkas (satu atau beberapa perkataan sahaja) dan boleh difahami.

03

Tuliskan disekeliling matlamat utama tadi
dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkataan ringkas.

04

Tuliskan semua perkara-perkara yang berkaitan selagi terlintas dari fikiran.

05

Sekiranya ada masalah untuk fikirkan, cuba jawab soalan-soalan asas
seperti siapa?, kenapa?, di mana?, apa?, bila?, dan bagaimana?
Dengan melakukan ini dapat membantu proses berfikir.

06

Pada ketika ini, terima dan tuliskan semua perkara-perkara yang terfikir.

07

Anda boleh tandakan perkataan yang saling berkait dengan warna.

08

Anda juga boleh letakkan nombor untuk kategorikan kepentingannya.

Semoga cara ini dapat bantu anda untuk mengolah matlamat peribadi anda, mengolah perkara-perkara yang beri kesan untuk capainya dan dapat memberi gambaran jelas langkah-langkah yang anda perlukan untuk mencapai matlamat peribadi anda.

“Bina matlamat hidup anda dengan kreatif dengan ambil kira aspek-aspek yang berkaitan untuk mencapainya.”


Disediakan oleh,
Khairul Ridhwan
Operation Manager


What's next?