Deal with it!

Hi! Dalam artikel kali ni, aku nak kongsi pengalaman aku dalam projek produksi video untuk MV As’ad Motawh. Dah tengok ke video yang aku dan MTAS Production gigih siapkan? Tengok la dulu kat bawah ni:

Semasa sibuk menyiapkan persiapan untuk MV ini, aku juga antara yang bertanggungjawab untuk mencari tajaan. Jujur aku bagitau korang, aku sangat kekok dan sangat robot bila nak berurusan dengan perkara yang melibatkan interaksi dengan orang sebab aku sangat kurang tapis bila bercakap. Aku cakap main lepas!

Oleh kerana aku akan mewakili nama syarikat, jadi aku kena jadi Amirah versi sopan dalam perbualan. Alhamdulillah, dengan tugasa yang pada aku sangat mencabar ini, dapat 2 tajaan untuk penempatan hari shooting pun boleh dikira bagus la kan. Yeah!

Agak kelakar bila aku baca balik perbualan aku dengan prospek untuk jadi penaja projek produksi video MV As’ad Motawh tu. Untuk menjadikan aku lebih bersedia untuk mencari tajaan selepas ini, Cik Anis dan Cik Sarah pun ajarlah aku cara-cara untuk berurusan dengan prospek. Ini apa yang aku dapat belajar:


Perkara 01 | MESRA

Untuk membuatkan prospek selesa dengan kita, kena jadi mesra. Bahasa perlu susun dengan betul supaya jelas setiap info yang perlu disampaikan.

 

Perkara 02 | MANIS

Ayat kena manis supaya prospek lebih berminat untuk meneruskan perbualan dengan kita sehingga kita dapat persetujuan dari mereka.

 

Perkara 03 | TUNJUK

Mesara dah ada. Manis dah ada. Kena beritahu kelebihan yang kita ada kalau prospek taja kita. Memandangkan MTAS ada latarbelakang yang agak kuat, jadi aku boleh becerita lebih-lebih tentang MTAS.


Ini ayat yang aku guna untuk dapatkan tajaan hasil berguru dengan Cik Anis:

“Cuba encik bayangkan video ni akan di-link-kan sekali dengan ‘official’ MV. Jika kami promote branding Encik, berapa ramai yang akan tengok dan kenal Encik punya brand!”

Makin lama aku bekerja, makin banyak lagi perkara yang aku rasa aku kena belajar. Untuk hal tajaan ini, aku sangat berterima kasih dengan Cik Anis dan Cik Sarah keran sudi ajar aku.

Nak belajar banyak lagi tips dalam projek produksi video yang aku kena hadap? Tunggu artikel aku lagi nanti!


Disediakan oleh,
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?