Coretan Seorang Grip

“Seriouslah mi.”

Dah macam kentut aku dengar dia bersuara. Kejap kuat. Kejap macam kentut Silent Killer, yang tak ada bunyi tapi baunya macam bangkai bila dibau. Tak dapat nak expect bunyi yang macam mana dia akan keluar. Macam itulah gaya percakapan dia.

“Serious apa?”, aku bersuara tapi mata fokus pada tangan yang sedang tukar lens 85mm kepada 35mm.

“Seriouslah kau nak kerja macam ni?”

Aku tersentap dengan soalan dia lalu memusingkan kepala aku menghadap dia untuk beberapa saat. Bersepah serbuk biskut Peanut Butter Sandwich Julies kat baju hitam dia yang aku bagi beberapa minit tadi untuk makan. Sebab dia kata lapar. Aku kembali fokus untuk letak 85mm ke beg kamera sambil mengangguk tanda setuju.

“Aku minat kerja ni.”, balas aku.

Krik. Krik. Krik.

Bunyi set waktu tu. Hanya aku dengan dia dalam ruang set yang kecik itu. Yang lain tengah sibukkan diri menyiapkan kerja-kerja mereka. Sementara menunggu talent untuk siap. Aku duduk sekejap untuk tarik nafas. ‘Duduk sekejap pun jadilah untuk recharge balik.’, bisik aku dalam hati.

“Aku bukan nak cakap tak boleh. Tapi biasanya tak ada perempuan dalam bahagian ni.”

“Yelah. Secara fizikalnya, perempuan tak boleh. Hm... Nanti dah ada anak lagi macam mana? Kau tu pendek mi. Kalau tinggi, sado lain ceritalah.”

“Aku bukan nak sekat kau tau. Tapi, please know your place.”

Haha, aku gelak kecil dalam hati.

“Aku tau. Tapi aku minat. Tak salah. Kan?”, jawabku sambil tergelak sikit. Gelak bukan sebab aku deny benda tu.

Tapi sebab betul.

Banyak fizikal aku yang tak menepati kriteria untuk skop kerja ni. Banyak juga rakan atau kenalan perempuan yang bantah untuk aku teruskan kerja ni. Apatah lagi keluarga. Tapi disebabkan atas unsur dahagakan pengalaman itulah yang buat aku masih terpacak lagi atas syarikat ni.

“Tak. Tak salah pun. Kalau boleh belajar why not. Tapi considerlah apa yang aku cakap. Aku tak nak kau sakit dah tua nanti.”

“Haha, Okay.”, balas aku sambil tersenyum katak lagi.

Kedengaran tapak kaki crew dan talent masuk ke set untuk shoot next shot.

“Okay, STANDBY guys. Ready for next shot.”

-END-


Disediakan oleh,
Nor Azme
Director of Photography


What's next?