Coretan Seorang Gaffer

“Yang ni beli dekat kedai buku kan?”, Mira.
“Yang ni kertas minyak kan?”, Amad.

I was like; "What?"

Aku tergelak kambing, sebab dua orang ni mengingatkan aku yang dulu. Kosong ilmu mengenai alatan shooting video production. Boleh pulak aku kata ‘diffuser’ ni kertas minyak dan boleh didapati hanya di kedai buku. Kalaulah betul sesenang itu nak dapatkan peralatan itu di kedai buku dah lama aku buat video production company sendiri. Haha.

“Bukan, yang ini khas untuk lighting yang panas”, aku jawab sambal mengelap air mata ketawa. “Kalau guna kertas minyak atau kertas A4 biasa untuk lighting macam ni, terbakar kertas tu nanti”, aku tergelak kambing lagi. Sebab aku terbayang Yellow Head 2000W terbakar sebab guna kertas biasa.

“Lah yeke! Sorry tak tahu pulak, haha”, kata Mira dengan suara nyaring dia tu.

-END-


Disediakan oleh,
Nor Azme
Director of Photography


What's next?