Cik Continuity Report!

Hi guys! Minggu ni kami satu team ke putrajaya untuk shoot shopee. Disebabkan director nak kan taman bunga dan dekat kuala Selangor ni memang banyak poko je. Maka team production ke Taman Saujana Hijau, Putrajaya! Korang penah pegi tak? Tempat ni aku pun first time pegi. Bestlah tempat bersih ada bunga-bunga warna-warni. Masa kitorang datang pun memang ada orang tengah shoot pre weeding kat situ dan masa kitorang nak balik ada yang tengah pre convo kat situ. Taman Saujana Hijau tu memang lah tempat terbaik untuk shoot! So ni ada gambar sikit jemput tengok …

Untuk entry kali ni aku nak share pasal countinuity report atau nama manja dia ialah “conti”
Pajadah conti ni?

Conti ni satu report untuk editor refer bila depa edit. So nanti depa tau lah, “owh clip 001 ni amirah tulis scene 3” So nanti depa susun lah clip tu dari scene 1 sampai lah habis. Kau bayangkan dah shoot 2hari suntuk tapi taktahu eh video ni scene apa. Yang ni scene apa. Kalau terlupa satu scene ha lagi meroyan ~

Jom aku terangkan sikit conti ni!

Kita start dari kotak yang first k

Project Name : Aku selalu letak tajuk video tu je
Director
: Yang ni korang letak lah nama director yang direct video tu
DOP
: Singkatan untuk Director Of Photography. Siapa yang shoot video tu haa tulis nama dia kat sini
Date
: Cam biasa lah tarikh shoot tu bila
Memory card
: Guna memory card nanti senang nak refer
Sound memory card
: Korang record suara guna memory card apa
DAY/NIGHT & INT/EXT
: Ni aku dah terangkan kan entry lepas sila cari sendiri hehe

Next kotak kedua pulak! Kotak kedua ni kalau project besar aku akan siap-siap tulis scene, shot dan copy description dari skrip. Tapi kalau project kecik aku tulis by hand je scene, shot tu. Ok.

Clip No : kau kene refer camera yang kau guna untuk scene 1, shot 1 berapa nom clip dia. Tapi hati-hati! Ada kamera yang tak berse-fa-haman! Kat camera no clip nya lain. Bila kau transfer footage kau kat pc no clip nya berubah. So hati-hati ya. Sila check persefahaman antara kamera dan pc korang.
Sc
: tuliskan no scene di sini
Shot
: tuliskan no shot di sini
Size
: ok yang ni korang tulis camera shot type korang. Contohnya scene 1, shot 1 korang shoot wide angle. So tulis lah kat column ni wide. Ada faham?
Take
: take keberapa yang terbaik. Setakat ni take paling banyak aku tulis ada 26 take. Setakat ni lah~
Audio
: tulis no clip audio tu
Description
: yang ni macam aku kata tadi. Kadang aku copy paste dari skrip so siap-siap print aku takyah tulis description. Tapi kalau handwriting aku tulis lah seringkas yang boleh difahami
G/NG
: Good take atau Not Good take. Kadang-kadang ada KIV = Keep In View boleh jadi clip ni digunakan atau tak digunakan
Notes
: kadang-kadang director nak kan effect atau nak ubah apa-apa kat clip ni tulis lah kat belah notes

DONE! Aku terangkan seringkas yang boleh dah ni sakit tangan den~ Pape roger bye.


Disediakan oleh
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?