BIG! First Timer As Assistant Production Manager!

Saya terlibat secara langsung dengan salah satu projek besar kami iaitu drama dalam music video Ismail Izzani berjudul “Save Me”. Viseo yang akan dihasilkan adalah berkonsepkan action yang diinspirasikan dari movie John Wick.

 

John Wick: Chapter 2 (2017 Movie) Official Trailer – ‘Wick Goes Off’

 

Saya adalah grip dan gaffer tetap selama saya bersama MTAS Production. Dalam projek kali ini saya akan beralih tugasan sebagai Assistant Production Manager kerana untuk projek kali ini kerana MTAS Production telah pun mendapatkan team yang akan mengendalikan bahagian DOP.

Jadi ini adalah pertama kali saya mendapat tugasan ini. Saya harap dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Tugas Assistant Production Manager lebih kurang seperti runner. Sediakan makanan, pastikan talent dan krew dapat apa yang diperlukan, time check (pastikan shooting mengikut masa/schedule), menyediakan apa yang penting seperti first aid kit dan lain-lain.

Memandangkan saya hanya Assistant Production Manager untuk sementara, saya juga akan tolong bahagian lain seperti props, wardrobe, grip dan gaffer pada masa shooting nanti. Itu pun hanya dengan izin bos saya, Production Manager.


Alhamdulillah. Segala yang dirancang berjalan dengan baik. Saksikan video yang berjaya kami hasilkan.

 

Ismail Izzani - Save Me (Official Short Film)


Disediakan oleh,
Luqman Hakim
Director of Photography


What's next?