Bersyukur Bila Ada 3D Software

Menjadi lumrah seorang pelukis untuk mencari bahan rujukan untuk subjek yang ingin dilukis. Saya juga tak terkecuali. Selain menggunakan khidmat Google Image untuk mecari bahan rujukan, saya juga menggunakan khidmat 3D software, Sketchup!

Jujurnya, saya agak buntu ketika menerima direction untuk video pendek MTAS yang seterusnya, kerana di dalamnya terkandung satu objek yang agak asing bagi saya - mesin jahit lama.

Macam mana saya nak lukis mesin jahit lama? Saya rasa putus harapan, kalau-kalau tiada model mesin jahit lama untuk saya jadikan rujukan dengan sudut yang saya mahu. Tapi, ternyata kerisauan saya sia-sia.

Saya jumpa model mesin jahit lama di dalam Sketchup! Yay! Rasa bersyukur gila! Terlepas sudah satu bala. Dapat juga rujukan sempurna yang boleh digunakan. Dari situ, terhasillah lukisan ini:


Disediakan oleh,
Ahmad Ferdaus
Storyboard Artist


What's next?