Bagaimana Anda Penuhi Masa Anda?

Langkah yang paling perlu dijaga dalam pengurusan masa adalah mengetahui bagaimana anda agihkan masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Cara yang paling berkesan untuk hal ini adalah dengan merekodkan masa yang anda gunakan untuk setiap perkara yang anda lakukan.

Ada dua cara untuk mengetahui masa yang anda peruntukkan untuk perkara yang anda rancang: pertama adalah anggaran masa yang diperlukan dan kedua adalah masa sebenar yang digunakan. Cara kedua adalah yang paling berkesan. Sekiranya anda dapat lakukan untuk tugasan harian, anda mungkin akan dikejutkan betapa banyak tugasan yang memerlukan masa yang lebih lama dari yang anda sangkakan.

Untuk lakukan aktiviti ini, anda boleh lakukan seperti ini. Sediakan sehelai kertas besar atau spreadsheet untuk melukis carta seperti ini:

Pada ruangan ‘Keutamaan’, gunakan penanda aras antara 1 hingga 5, di mana 1 adalah sangat penting dan 5 adalah sanga kurang penting. Untuk pastikan anda dapat memanfaatkan ruangan ini, anda perlu kenalpasti dan pertimbangkan tugasan-tugasan seperti berikut:

  • [1] Tugasan-tugasan hakiki untuk jawatan anda.
  • [2] Tugasan-tugasan yang perlu diserahkan kepada orang lain.
  • [3] Tugasan-tugasan yang boleh diselesaikan dengan sangat efisyen.
  • [4] Tugasan-tugasan yang perlu anda selesaikan dahulu sebelum tugasan yang lain.

Dengan merekodkan maklumat seperti ini, anda dapat melihat banyak perkara yang anda mungkin rasakan remeh sebelum ini sebenarnya ia sangat perlu diberi perhatian. Dengan rekod ini juga anda dapat menilai dan merancang perjalanan aktiviti harian anda dengan lebih tersusun. Seterusnya akan membantu anda untuk lebih berdisiplin dalam menguruskan masa anda.


Disediakan oleh,
Khairul Ridhwan
Operation Manager


What's next?