Audio Dalam Video Production

Pada artikel kali ini saya akan menerangkan tentang kepentingan audio dalam video production. Audio adalah antara elemen penting dalam video production, kerana ia dapat memberikan persembahan video yang sangat menarik. Pada video MTAS Tips yang akan datang, kami akan menerbitkan sebuah video content tentang bagaimana melakukan lifehack khusus berkenaan audio dalam filmmaking. Kami akan menunjukkan bagaimana penglibatan kreativiti sebuah team production dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kerana mengikut kebiasaanya team production tidak mempunyai peralatan yang mencukupi sebelum melakukan sesuatu video production.

Sehingga ke hari ini, banyak kelengkapan video production yang baru telah kami cari, beli dan kami gunakan. Salah satu daripadanya adalah, Shotgun Microphone. Shotgun Microphone ni antara alternatif yang paling sesuai untuk menggantikan built-in audio recorder dalam kamera yang kami gunakan. Hasil audio daripada kamera adalah agak kurang memuaskan kerana bunyi-bunyi dari persekitaran tidak diasingkan dengan begitu baik.

Shotgun Microphone yang kami gunakan adalah dari jenama Rode. Ada juga dari jenama lain seperti Boya dan Saramonic dalam pasaran. Rode antara jenama mikrofon yang dapat menghasilkan audio yang sangat baik. Audio yang dihasilkan adalah lebih fokus pada subjek, berbanding audio kamera yang turut menangkap audio dari persekitaran subjek.

Ini adalah Rode Videomic yang telah lama kami gunakan.
Wayarnya telah rosak dan span hadapan telah digerogoti oleh monyet.

Ini pula Rode Videomic Pro+ yang baru. Saiznya lebih besar sebenarnya.
Dalam gambar nampak comel pula. Hasil audio yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Sekiranya anda seorang filmmaker yang baru berjinak dalam indsutri, pemilihan mikrofon untuk video production adalah sangat penting. Pastikan equipment video production anda tepat dengan video yang anda mahuhasilkan kerana ia akan sangat membantu ketika proses video editing.


Disediakan oleh,
Muhammad Ameer Afham
Video Editor


What's next?