Assistant director VS Production Manager??? SAVE ME!

Hari ini aku nak kongsi dengan korang pengalaman kerja aku dalam MTAS Production yang aku rasakan sangat mencabar.

Beberapa bulan lepas, MTAS Production dapat job untuk shoot MV Ismail Izzani - Save Me. Untuk job kali ini aku kena pikul tugasan sebagai Assistant Director dan Production Manager di set dalam satu masa yang sama. Wow!

Kalau korang dah mula kenal setiap position dan job scope dalam industri ini, korang akan tahu macam mana beratnya tugasan 2 position ini untuk di uruskan oleh seorang yang bernama Amirah ini.

Aku kena cover tugasan Production Manager sebab Puan Sarah tengah sarat mengandung masa tu. Alhamdulillah baby dapat lahir ke dunia dengan selamat dan sangat sihat hari ini. Cuma masa tu sangat bahaya untuk Puan Sarah ikut shooting.

Korang akan tahu macam mana bahayanya untuk ibu mengandung kalau korang dapat join mana-mana on set shooting. Banyak tugasan Production Manager yang Puan Sarah dah selesaikan masa Pre-Production. Jadi aku akan cover tugasan masa shooting sahaja.

Masa hari pertama shooting, set lokasi yang sudah dirancang adalah di Farar Place, Dengkil. Sebelum bertolak dari HQ MTAS, Puan Sarah dah pesan untuk bagi duit Touch N Go untuk semua kerata yang akan bergerak ke sana.

Untuk masuk ke Farar Place pula, kena buat full payment dulu baru owner bagi kami masuk untuk shooting. Jadi aku lah yang kena uruskan bayaran supaya shooting dapat dijalankan mengikut plan yang dah diaturkan. Selesai bayaran, barulah kru dapat set-up tempat untuk shooting.

Selesai uruskan Farar Place, aku kena bergerak ke tempat lain untuk ambil pek makan tengahari dan bawa ke set lokasi. Lepas ambil terus ke set lokasi dan bagi kru makan. Masa makan tu, aku kena aware dengan check call time sebabnya untuk pastikan masa sentiasa ikut perancangan.

Itulah tugas aku, kena sentiasa time check dengan Director dan kru. Penting time check ni supaya setiap orang yang terlibat akan bergerak mengikut rangka masa yang sudah dipersetujui masa Pre-Production.

Tempat tu pula cuma sewa untuk 1 hari je. Masa malam tu pula kena selesaikan 10 scene. Dalam 1 scene tu pula belum tentu lagi berapa shot yang akan di ambil sehingga Director puas hati. Jadi setiap orang yang terlibat aku kena pastikan ikut jadual yang aku dah tetapkan.

Pukul 7 malam makanan sampai. Aku siapkan tempat makan dan panggil semua orang makan. Lepas tu scene pertama mula pukul 8 malam. Jadi aku kena jaga time check, pastikan semua kru dapat makan dan aku juga yang kena jaga slate sebab aku lah Assistant Director.

Dalam sepanjang masa shooting tu juga, aku kena layan tetamu yang ikut shooting. Ada sponsor, talent dan client yang ikut sekali. Kena jaga mereka ni supaya mereka sentiasa dalam keadaan yang berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan.

Itu baru hari pertama. Bayangkanlah kalau job besar yang makan masa lagi lama. Boleh jadi makan minggu hingga ke bulan! Setiap masa kena aware dan jaga setiap orang yang terlibat. Cukuplah aku cerita 1 hari dari pengalaman aku ni.

Walaupun banyak halangan masa hari ke-2 di set lokasi gudang, tapi alhamdulillah untuk shooting MV Save Me selama 2 hari dapat berjalan dengan lancar! Tengoklah hasilnya di bawah ini!

 

Ismail Izzani- Save Me ( Short Film) World Peace Entertainment Ismail Izzani- Save Me ( Short Film) World Peace Entertainment
(Klik gambar untuk tonton video penuh)


Disediakan oleh,
Nur Amirah
Production Manager / Social Media Assistant


What's next?