ART

Alhamdulilah, penggambaran shortfilm untuk music video Ismail Izzani berjudul Save Me telah selamat diselesaikan. Banyak cabaran yang kami hadapi dari segi pencarian wardrobe, penyediaan props, mencari set shooting, persediaan kebajikan untuk semua yang terlibat dan banyak lagi.

Saya ditugaskan untuk menjadi Assistant Art Director,  banyak bekerja dengan Art Director kami, Justin. Dalam department art saya dapat belajar banyak perkara. Sebab ini first time saya bekerja dalam department art.

Antara cabaran yang paling saya ingat adalah tugasan untuk mencari props yang Director inginkan khusus untuk digunakan dalam projek itu. Bila search dalam laman sesawang, ada je barang tu, tapi kena import dari oversea!Bajet pula tak cukup untuk tampuang kos delivery.

Cabaran untuk wardrobe pula, Art Director kami, Justin bertungkus-lumus untuk menyiapkan pakaian untuk setiap orang yang akan terlibat dalam projek itu. Tapi dugaan terbesar yang sangat kami mahu elakkan terjadi bila mana client reject semua set pakaian yang sudah disediakan.

Sangat tak diduga ini terjadi. Pakaian yang client mahukan hannyalah baju biasa sahaja, di mana mereka hanya perlu berpakaian hitam dari atas sampai bawah. Masih ber-style tetapi terlalu simple.

Tapi dengan kuasa tuhan yang membolak-balikkan hati, client ubah fikiran last minute dan mahukan set pakaian yang kami sudah sediakan itu. Alhamdulillah!

Ini antara wardrobe yang kami sediakn untuk projek itu:

 

 


Ini pula video yang kami berjaya hasilkan dari projek itu:

 

Ismail Izzani - Save Me (Official Short Film)


Disediakan oleh,
Luqman Hakim
Director of Photography


What's next?